Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

RFID Punca Sesak, Ini Jawapan Plus!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sejak semalam tular gambar dan video di Facebook yang menunjukkan puluhan ribu kenderaan  terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di beberapa tol di sekitar Lembah Klang.

Kejadian itu didakwa berpunca daripada sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang gagal mengesan pelekat RFID  pada kenderaan.


Ia menyebabkan keadaan trafik di Plaza Tol Bandar Seri Putra mulai sesak teruk sejak 7 pagi.

Keadaan sama turut berlaku di Plaza Tol Sungai Besi menghala Kuala Lumpur yang menyebabkan kesesakan sehingga 10 kilometer.


Susulan itu, rata-rata pengguna Facebook meluahkan rasa tidak puas hari gara-gara pembukaan lorong RFID yang menyebabkan kesesakan teruk.

“Bayangkan, seawal 7 pagi masa orang nak pergi tempat kerja dah jammed teruk, semuanya sebab RFID,” tulis seorang pengguna Facebook.

Malah, ada pengguna mendakwa bahawa terdapat beberapa kenderaan terpaksa mengundurkan kereta kerana sistem RFID gagal mengesan pelekat yang ditampal pada kenderaan mereka.

Dakwa mereka, keadaan itu menyebabkan keadaan trafik di tol Sungai Besi dan Bandar Seri Putra menjadi huru-hara.


Keadaan itu menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepasi tol berkenaan.

Sementara itu, tinjaun Caricarz di laman Facebook pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan itu mendapati, orang ramai tidak melepaskan peluang “menghentam” Plus berhubung penggunaan RFID.


Diasak dengan pelbagai komen sekali gus menyebabkan Plus terpaksa menutup  ruangan komen di laman Facebook rasminya.

Bagi menjernihkan keadaan, Plus berkata, pihaknya akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID bagi membantu pengguna lebuh raya yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID.

Sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan.

“Jika pelekat RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, Touch ‘n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma,” katanya dalam satu kenyataan.

Di sebalik kesesakan itu, Plus menyeru pengguna lebuh raya kendalian syarikat konsesi tersebut tidak berasa risau untuk menggunakan RFID di Plaza Tol PLUS.

Terdahulu, Plus mengumumkan pihaknya menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di Lebuhraya Utara-Selatan.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026