Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Projek Blue Switch Buktikan Bateri EV Sebenarnya Boleh Digunakan Semula

Suhana Veru

Kongsi melalui

Selepas mengecapi kejayaan yang agak besar apabila model Leaf menembusi pasaran pada Disember 2010. Sejak itu, Nissan dilihat telah bekerja keras bagi memastikan bateri kereta elektriknya (EV) bukannya sekadar pakai, buang.

Pengeluar kereta Jepun itu dilihat telah bersedia untuk merealisasikan neutraliti karbon menjelang 2050 memandangkan Nissan telah menemui cara untuk menggunakan bateri kenderaan elektrik ke arah tujuan lain.

Projek Nissan Blue Switch merupakan salah satu alternatif yang dibangunkan oleh Nissan untuk membolehkan kenderaan elektrik itu bertukar menjadi bekalan elektrik.


Kuasa dari kereta itu dikatakan dapat membekalkan tenaga elektrik untuk pelbagai perkakasan seperti memasak, mesin fotostat dan sebagainya.

Idea untuk menggunakan EV dari Nissan ini timbul ketika gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada tahun 2011.

Susulan itu, projek berkenaan membuatkan Nissan meraih Anugerah Ketahanan Terbaik untuk tahun 2020 dimana hanya Nissan menjadi satu-satunya pengeluar kereta yang diiktiraf.

Justeru, Nissan telah menunjukkan bagaimana Nissan Leaf dapat membantu pihak sukarelawan  untuk mendapatkan tenaga elektrik dari kenderaan berkenaan ketika taufan Hagibis melanda pada tahun 2019.

Turut dilaporkan bahawa syarikat itu telah mula menghantar bateri Nissan LEAF pertama yang hampir tamat hayatnya ke kilang Energy Corp.

Pek bateri itu dikatakan telah dikitar semula dengan begitu teliti supaya ia dapat menawarkan nilai tambahan dalam pelbagai bentuk di kilang tersebut.

Bateri Nissan Leaf dibekalkan di kemudahan 4R dimana ia memberi penarafan pertama. Ada beberapa kompenan diberi penarafan A dan boleh digunakan semula dalam bateri kenderaan elektrik yang baharu.

Sementara itu, ada beberapa komponen yang dinilai sebagai gred B dan boleh digunakan dalam industri perkilangan seperti forklift dan storan tenaga yang besar. 

Malah, dalam unit kuasa bekalan sandaran, komponen gred "C" mungkin masih berguna.


Sebaliknya, pasukan jurutera 4R Energy mendedahkan bahawa bateri Nissan Leaf dianggarkan mempunyai jangka hayat kira-kira 10 hingga 15 tahun (mungkin lebih lama), tanpa mengira gred bateri itu.

Berita baiknya ialah ia sebenarnya mewujudkan permintaan bateri yang telah melebihi jangka hayat. Ia dikatakan dapat menjimatkan kos pemilik kereta elektrik daripada membeli bateri baharu yang jauh lebih mahal.

Langkah ini dilihat dapat memanfatkan projek tenaga yang boleh diperbaharui. 



Misalnya, loji tenaga solar di pulau buatan Yumeshima, Osaka, barat Jepun menggunakan 16 bateri ion-litium EV untuk menguruskan aliran turun-naik tenaga selain mampu menyimpan tenaga solar yang dihasilkan.

Tindakan sama yang dilakukan oleh sebuah pulau Koshikishima dimana 4R Energy telah mereka cipta sistem pengurusan bateri yang membenarkan tenaga angin dan solar untuk menjana elektrik kepada rangkaian pengecasan EV tempatan.

Gallery

Tag:

electric car
nissanEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Nenek 63 Tahun Ini Hasilkan EV Berkuasa Solar Sendiri! Hebat!

Nenek 63 Tahun Ini Hasilkan EV Berkuasa Solar Sendiri! Hebat!

Ini kisah bagaimana seorang nenek berusia 63 tahun telah menghasilkan kereta elektriknya berkuasa solarnya sendiri!

27-05-2022
EV
BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...

BMW Kaji Penerimaan EV Di Malaysia, Ini Hasil Tinjauan Mereka...

Artikel ini mendedahkan hasil kajian BMW tentang penerimaan EV di Malaysia.

25-03-2022

Berita Terkini

Berita Auto
'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto
Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026