Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mengapakah Penapis Kabin Penting? Inilah Sebabnya!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sejak kes pemanasan global dan pencemaran udara semakin meningkat maka, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan semata-mata untuk mendapatkan atmosfera yang bersih.

Seperti sedia maklum, tinggal di bandar yang sibuk sudah pastinya, kebanyakannya terdedah dengan pencemaran udara.


Apakan tidak, kewujudan jumlah kereta dan motosikal dalam kesesakan lalu lintas sekali gus menjurus kepada pengeluaran asap toksik, habuk dan bakteria.

Keadaan menjadi teruk apabila anda memandu sambil membuka cermin tingkap kereta atau mematikan mod peredaran semula udara dimatikan.

Ini bermakna anda sedang menghidu tahap pencemaran udara yang cukup tinggi.


Namun semua ini dapat dielak tetapi bagaimana?

Tahukah anda, dengan menggunakan penapis kabin seperti N95 di dalam kereta  sebenarnya ia dapat menapis debu dan kotoran udara. Ia dikatakan dapat memastikan udara sentiasa kekal bersih.

Penapis itu yang dilengkapi dengan Sistem Penulen Udara didatangkan dengan pengion yang mengeluarkan ion negatif untuk membersihkan habuk, alergen dan bakteria.

Buat masa ini, pengeluar kereta nasional, Proton merupakan syarikat pengeluar kereta pertama di Malaysia yang menawarkan penapis udara kabin N95 untuk beberapa model keluarannya.


Lebih menarik, penapis karbon N95 dapat  membantu bagi mereka yang memandu di jalan yang tidak berturap atau sama ada dalam cuaca kering dimana ia kawasan-kawasan seumpama ini mengeluarkan banyak habuk yang boleh memasuki kereta anda dengan mudah. 

Oleh itu, walaupun kereta tertutup dari luar, jerebu masih boleh mencemarkan bahagian dalaman kereta. 

Sebahagian udara di sekeliling masih masuk ke dalam, di mana ia boleh menjejaskan kesihatan anda. 


Oleh itu, Proton memperkenalkan penapis kabin N95 yang ‘mampu’ menjaga kesihatan pemiliknya. 

Penapis karbon N95 ini dikatakan dapat menyingkirkan 95 peratus zarah jerebu dan bahan cemar yang lebih besar daripada 0.3 mikron. Selain itu, 98 peratus debu PM2.5 juga boleh disingkirkan.

Jadi,ada berita baik untuk pemilik kereta Proton. Bagi yang berminat untuk membeli penapis kabin ini, ia Cuma berharga RM59.

Sebaliknya, harga penapis untuk X70 pula berharga RM79. Jika anda berminat untuk membeli N95, dapatkan di pusat pengedar sah Proton di seluruh Malaysia.


Tag:

#proton
Proton X50
protonx70
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-02-2023
Berita Auto

03-02-2023
Berita Auto
EV

01-02-2023
Berita Auto

21-01-2023
Teknologi

05-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026