Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Camry Selamat Mendarat Di Malaysia, Harga Boleh Tahan!

Suhana Veru

Kongsi melalui

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja  melancarkan jentera baharunya, Toyota Camry melalui saluran media sosialnya pada pukul 9 malam tadi.


Ia yang sudah boleh ditempah bermula hari ini dijual pada harga  RM199,109.50 (termasuk pengecualian cukai jualan sehingga hujung Jun 2022) dan  diberikan perlindungan waranti selama lima tahun, tanpa had perbatuan.


Presidenya, Ravindran. K berkata, pihaknya berbangga  dengan pelancaran Toyota Camry  baharu itu di pasaran Malaysia.

Menurutnya, pihaknya telah mencapai kemajuan besar sejak memperkenalkan Camry pertama di Malaysia pada 1994, yang merupakan model generasi ketiga, diikuti oleh Camry Hybrid sulung yang dipasang di dalam negara ini pada 2015. 

Camry generasi kelapan telah dilancarkan di Malaysia pada November 2018 dan sejak itu telah menjual 3,000 unit. 

“Dengan penampilan menyerlah dan fungsi optimum, kami yakin Camry 2022 akan menjadi penanda aras piawaian baharu dalam aspek keselesaan, kemewahan dan prestasi, sekali gus memacukan keunggulannya jauh di hadapan,” katanya.



Apa yang pasti prestasi enjinnya, bahagian dalaman yang direka serba mewah termasuk penampilannya yang agak sporty sudah pasti akan menawan hati anda!

Menyentuh mengenai enjinnya, ia dijana dengan enjin  dari siri Dynamic Force iaitu unit A25A-FKS empat-silinder 2.5 liter. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan Direct Shift 8-AT.

Apa yang menarik, ia dibina berlandaskan platform “Toyota New Global Architecture” (TNGA), dimana ia menawarkan peningkatan prestasi yang ketara dan kemewahan yang tersendiri.


Membelek beberapa gambar yang dikirim oleh UMWT tadi, saya mendapati model facelift ini diberikan bampar hadapan yang agak menyerlah selain rim aloi 18 inci hadir dengan kemasan dua tona.

Malah, ia juga dilengkapi dengan lampu hadapan bi-LED projektor automatik dengan fungsi follow me home, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus, lampu belakang LED, cermin sisi yang boleh dilipat secara automatik, pengelap cermin automatik dan dua tip ekzos krom.



Menjengah bahagian dalamannya pula, ia menggabungkan fungsi, gaya dan hasil seni pertukangan yang agak luar biasa.

Papan pemukanya yang dihiasi dengan kayu hitam nyata menyerlahkan lagi kabin dalamannya.

Malah, bagi  memastikan pemandu boleh melihat dengan jelas, skrin audio tengah bersaiz sembilan inci  pada kedudukan yang agak tinggi.

Kedudukan skrin audio itu dilihat hampir kepada garis pandang pemandu. Ia bertujuan untuk meningkatkan darjah penglihatan dan memudahkan pemandu mencapai fungsi audio.. Ia juga dilengkapi dengan penukar gear pedal.

Dari segi mod pemanduannya, ia terdiri daripada - ECO, Normal dan Sport. Mod ini disediakan supaya pergerakannya berjalan lancar selain pemanduannya menjadi lebih  responsif. 



Di sebalik semua ini, bagi memastikan keselamatan pemandunya, Toyota Camry 2022 ini menerima sistem bantuan pemanduan keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang dikenali  sebagai TSS 2.5+.

Ia juga dilengkapi dengan Sistem Pra-pelanggaran, Amaran Keluar Lorong dengan Bantuan stereng, serta Lampu Tinggi Automatik masih dikekalkan. 

Malah, ia juga hadir dengan beberapa ciri keselamatan lain seperti  Isofix, tujuh beg udara, Pemantau Titik Buta dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang, Bantuan Mula Mendaki, penderia parkir depan dan belakang serta sistem pemantau tekanan angin tayar.

Camry Baharu ini menawarkan pilihan lima warna: Graphite Metallic, Silver Metallic, Red Mica dan juga dua warna unik tersendirinya, iaitu Platinum White Pearl dan Burning Black, namun dikenakan kos tambahan sebanyak RM800. 

Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web Toyota di  toyota.com.my/. 


Gallery

Tag:

UMW Toyota
camry
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-08-2025
Gaya Hidup

16-06-2024
Berita Auto

09-06-2023
Berita Auto

09-05-2023
Berita Auto

06-04-2023
Berita Auto

19-03-2023
Berita Auto

13-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima  ISO 50001:2018

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026