Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gara-Gara Bakar Sampah, Myvi Pula Yang Terbakar

Suhana Veru

Kongsi melalui


Seorang lelaki mengalami kerugian lebih RM40,000 apabila kereta yang diletakkan di luar rumah hangus dijilat api, angkara perbuatan pembakaran sampah secara terbuka.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Parit 3 Timur, Sungai Panjang, di Sabak Bernam, Selangor pada Khamis lalu.

Ketika kejadian, lelaki berusia 38 tahun itu berada di dalam rumah keluarganya sebelum terdengar bunyi letupan dan percikan api.


Apa yang mengejutkannya, Myvi yang diletakkan di tepi tanaman pokok pisang hangus terbakar dalam sekelip mata.

Difahamkan lelaki berkenaan cuba memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api namun usahanya sia-sia kerana gagal menyelamatkan kereta kesayangannya itu.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor  mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu.

“Kebakaran berpunca daripada pembakaran sampah  yang kemudian merebak sehingga ke kenderaan terbabit menyebabkan Myvi itu musnah terbakar,” katanya.

Bagaimanapun, laporan tidak mendedahkan sama ada perbuatan membakar sampah itu berpunca daripada ahli keluarga pemilik Myvi atau jirannya.

Mujur, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu.

Ambil ikhtibar,  jangan jadikan pembakaran terbuka sebagai amalan!

Tag:

Perodua Myvi
Myvi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

19-06-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Tips

06-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
EV

22-05-2024
Global

10-05-2024
Berita Auto

20-12-2023
Berita Auto

28-10-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026