Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Edisi Khas DS 3 Akhirnya Didedahkan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Penantian yang ditunggu-tunggu sudah tiba apabila DS 3 Crossback Roof Of Paris  ditayangkan secara umum baru-baru ini.

Jentera serba baharu ini dijana dengan enjin diesel yang lebih menjimatkan bahan api.

Pengenalan edisi terhad ini dilihat sudah bersiap sedia menawan suku pertama tahun ini dengan versi yang telah ditetapkan harga selain dihasilkan bagi menggambarkan keindahan Paris.


Bahagian bumbungnya yang dihiasi dengan warna kelabu dilihat amat sesuai dengan lima pilihan warna jentera iaitu Pearl White Pearlescent, Bianca White, Perla Nera Black, Artense Grey,  dan Pearl Crystal.

Terdapat lencana khas yang dikatakan mewakili bangunan pencakar langit seperti Menara Eiffel, Menara Montparnasse dan Sacre Coeur. 


Lencana itu terletak di bahagian hadapan dan sisi kenderaan itu.Jentera ini juga dipadankan dengan gril krom dan jaluran hitam termasuk rim aloi Shanghai bersaiz 18 inci.

Menjengah bahagian dalamannya, ia menampilkan persekitaran yang cukup menyenangkan, cantik dan selesa.

Ia turut menampilkan tiga kemasan material  pada bahagian tempat duduk termasuk material Perruzzi dan Nemesis Grey Silicone dimana ia dipadankan dengan jahitan berwarna Graphite Grey serta material khas Toile DS Black Basalt.


Material khas berteknologi tinggi yang dibangunkan DS Automobile turut menghiasi bahagian papan pemuka dan panel pintu.

Ia turut menawarkan pilihan tempat kerusi yang dibaluti dengan material kulit jenis Basalt Black.

Menyentuh mengenai prestasinya, jentera edisi khas ini dijana dengan enjin diesel dimana ia dipadankan dengan enjin 1,5 liter empat silinder BlueHDi. 


Ini membuatkan ia mampu menghasilkan 110hp dan maksimum tork 250Nm. Enjinnya juga dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan dan pacuan roda hadapan.

Seperti biasa jentera ini juga menawarkan beberapa ciri lain seperti sensor belakang, pendingin hawa automatik, pengelap cemin depan automatik, brek keselamatan automatik, kawalan jelajah dan pengehad kelajuan.

Terdapat lima pilihan rangkaian kuasa: E-TENSE 100 peratus elektrik yang berharga  €41,400 (RM195,698), manakala PureTech 100 Manual dan PureTech 130 Automatik  ditawarkan pada harga €29,400 (RM139,030).

Bagi jentera BlueHDi 110 Manual dan BlueHDi 1300 Automatik  pula berharga sekitar € 30,400(RM143,758).



Gallery

Tag:

DS3 CROSSBACK
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026