Link Copiedcheck_circle
EV

Peugeot 9X8 Hybrid Hypercar Bukan Sekadar Kereta Lumba Biasa

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Tampil dengan reka bentuk yang unik, Peugeot 9X8 bukanlah sekadar kereta lumba, tetapi sebuah revolusi teknikal dan estetika yang ikonik. 

Pengarah rekaan Peugeot, Matthias Hossann berkata, “Kami telah berhubung dengan Peugeot Sport Team dan bekerjasama dengan mereka. Untuk mengenalpasti tema bagi kereta lumba masa depan, kami telah melancarkan pertandingan antara pereka.”

Jurutera dan pereka bekerjasama dengan rapat untuk mendapatkan kesatuan antara gaya dan teknologi dalam menghasilkan kenderaan bagi kegunaan perlumbaan. Kereta lumba generasi terbaharu ini bakal membuat penampilan pertama di FIA World Endurance Championship (WEC) tahun ini.

Hossann menjelaskan, “Peugeot 9X8 telah dilahirkan bersama-sama dengan DNA untuk Hypercar (LMH) terbaharu yang ditetapkan oleh Automobile Club de l’Ouest, penganjur 24 Hours of Le Mans dan Fédération internationale de l’Automobile. Menampilkan kesemua ciri penting Peugeot, kereta ini bakal menjadi lambang pencapaian dalam sejarah perlumbaan ketahanan.”

Peugeot 9X8 ialah model pertama yang menggunakan logo terbaharu Peugeot yang diperkenalkan pada awal tahun 2021 sebelum ia turut digunakan pada Peugeot 308.

Selain itu, ciri unik lain yang terdapat pada Peugeot 9X8 juga ialah pada konsep i-Cockpit kereta yang hadir dengan gaya tersendiri kerana telah direka dengan teliti supaya memiliki ciri ergonomik dan intuitif yang terbaik untuk pemandu.

Peugeot sebelum ini pernah memenangi perlumbaan Le Mans dengan 905 yang menggunakan enjin petrol V10 pada tahun 1992 dan 1993 serta 908 dengan enjin HDi-FAP V12 pada tahun 2009.

Kali ini, sekali lagi Peugeot menunjukkan pencapaian membanggakan melalui penghasilan Peugeot 9X8 Hybrid Hypercar yang hadir dengan pelbagai ciri dan teknologi hebat.

“Perlumbaan ketahanan adalah berdasarkan peraturan yang membolehkan kita menunjukkan kepakaran Peugeot dalam kesemua trenkuasa elektrik. Dengan 9X8, Peugeot kini memulakan lembaran baharu untuk kereta sport hibrid, yang mana prestasi kini adalah 'lebih elektrik' dan lebih baik, tanpa mengabaikan apa pun dari segi daya persaingan,” ujar Pengarah Teknikal Projek Peugeot 9X8 Hybrid Hypercar, Olivier Jansonnie. 

Dari segi prestasi kereta hibrid pacuan empat roda ini, Peugeot 9X8 memiliki beberapa ciri yang sama dengan model-model yang pernah dihasilkan Peugeot sebelum ini seperti Peugeot 3008 atau Peugeot 508.


Ia dikuasakan oleh gabungan kedua-dua enjin pembakaran dalam 500 kW (680 hp) 2.6L turbo kembar V6 yang terletak di bahagian depan serta motor elektrik 200 kW (270 hp) pada bahagian depan. 

“Kami ingin menandakan perubahan teknologi dan budaya ini dengan mewujudkan warna istimewa baharu yang kami namakan Kryptonite. Kami telah pun melancarkannya tidak lama sebelum Hybrid Hypercar 9X8 dalam model siri terbaharu ini, iaitu pada model hibrid lain, 508 PSE (Peugeot Sport Engineering). Model ini berkongsi pelbagai ciri teknologi yang sama dengan Peugeot 9X8, termasuklah warnanya,” ujar Hossann.

Selain itu, Peugeot memastikan bahawa 9X8 Hybrid Hypercar tidak sama dengan mana-mana kereta lain dan boleh dikenalpasti dengan mudah pada waktu siang atau malam semasa di dalam litar.


Ini kerana, pasukan pereka kereta mengambil kira bagaimana reka bentuk kereta terutama sekali semasa waktu malam di dalam litar lumba supaya ia kelihatan menonjol berbanding yang lain. Untuk tujuan ini, pasukan telah memasukkan komponen pencahayaan yang unik pada 9X8 pada bahagian depan dan belakang. 

Setiap tahun, Grands Prix du Festival Automobile International akan memberikan anugerah untuk kereta-kereta dengan reka bentuk menarik. 

Sejak diperkenalkan pada bulan Julai 2021, Peugeot 9X8 telah memenangi hadiah utama dalam kategori Hypercar yang tercantik tahunan semasa sambutan Festival Automobile International yang ke-37.

Gallery

Tag:

9X8
Peugeot 9X8
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026