- Berita
- Berita Auto
- Bermaz Auto Alliance Buka Pusat 3S Moden Pertama Peugeot di Glenmarie
Bermaz Auto Alliance Buka Pusat 3S Moden Pertama Peugeot di Glenmarie
Syarikat Bermaz Auto Alliance (BAA, sebelum ini Berjaya Auto Alliance) telah membuka Pusat 3S Peugeot pertama di Glenmarie, Selangor. Identiti Peugeot yang terbaharu (bukan lagi berwarna biru) dan juga logo singa baharu jenama Perancis ini digabungkan dalam binaan bangunan Pusat 3S ini.

"Bermaz Auto Alliance sedang memulakan penyediaan pengalaman pemilikan terbaik untuk pelanggan dengan fasiliti terbaharu ini. Kami komited untuk membangunkan jenama Peugeot dan memperbaik pengalaman pemilikan dengan menyediakan sokongan selepas jualan serta perlindungan berkaitan waranti kepada pelanggan," ujar BAA dalam satu kenyataan, turut dimaklumkan bahawa pusat 3S ini juga mengalu-alukan kedatangan pemilik jenama-jenama Stellantis lain iaitu Citroen dan DS.
Kompleks 3S Glenmarie ini memiliki 21 petak penyelenggaraan yang dikendalikan oleh kakitangan profesional yang berpengetahuan tinggi. Fasiliti moden ini dilengkapi dengan peralatan diagnostik dan penyelenggaraan terkini daripada pengeluar. Di samping itu, ia turut dilengkapkan dengan ruang menunggu, makanan ringan serta kemudahan WiFi percuma.

Pusat servis ini bertempat di Lot 15, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park. Waktu operasinya adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja dan 8 pagi hingga 12 tengahari pada hari Sabtu. Pelanggan boleh menghubungi nombor 03-50212300 (sambungan 2402/2403) untuk mengaturkan janji temu. Anda jua boleh menggunakan Peugeot Customer Portal. Sekiranya memerlukan bantuan tepi jalan 24 jam, hubungi 1800-22-3399.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv