Link Copiedcheck_circle
Global

BMW X2 Edisi Goldplay - Diselubungi Warna Emas

Suhana Veru

Kongsi melalui

BMW akhirnya mendedahkan edisi tambahan terbaharu dalam keluarga BMW X2, edisi Goldplay baru-baru ini.

Kenderaan kompak mewah dalam kategori 'sport activity coupe' (SAC) itu didatangkan dalam enam pilihan warna.


Antaranya, San Remo Green, Alpine White, Misano Blue, Black Sapphire Metallic, Skyscraper Grey, dan BMW Individual Storm Bay. 

Selain itu, para pembeli turut ditawarkan dengan dua pilihan warna lain: Frozen Black metallic dan Frozen Pure Grey.


Edisi kali ini menawarkan pakej yang membolehkan para pembelinya merasai sentuhan jahitan keemasannya.

Bahagian luaran jentera ini diserlahkan menerusi kit M  aerodinamiknya  yang dipadankan dengan trim BMW Individual High-gloss Shadow Line termausk logo projektor BMW yang terdapat pada cermin sisi bahagian pemandu.

Terdapat juga lampu depan adaptif LED matriks, lampu membelok dan lampu agihan adaptif.


Menjengah bahagian dalamannya, kebanyakan warnanya dihiasi dengan aksen  Galvanic Gold.

Apapun, kabinnya tidak akan mengecewakan anda kerana ia dihiaskan dengan plat sill emas manakala tempat duduk bahagian penumpang pula menerima kemasan jahitan berwarna emas.

Malah, hamparan karpetnya juga dihiasi dengan jahitan  “Giallo Oro”.


Warna keemasan itu dilihat turut menyaluti panel instrumen, konsol tengah, perehat lengan di kerusi hadapan.

Ia juga dipadankan dengan paparan skrin sentuh bersaiz 10.25 inci dan terdapat paparan di kepala untuk edisi khas ini.

Sekeliling gril buah pinggang ikonik BMW pula dipadankan dengan warna emas termasuk jalur livery emas dan penutup cermin sisi juga dilitupi dengan warna emas.

Menggunakan rim aloi bersaiz 19 inci yang berkilauan roda balutan  kulit M juga didatangkan dengan butang pelbagai fungsi dan pedal tahan karat.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya sama ada eidisi Goldplay didatangkan dalam bentuk kereta diesel, hibrid X2 xDrive25e atau X2 M35I, namun setiap model mempunyai pilihan khusus tanpa mengira rangkaian kuasa yang dipilih.

Bergantung kepada pilihan kuasa enjin, ia mampu menghamburkan kuasa transmisi manual enam kelajuan, transmisi Steptronic 7-kelajuan dengan klac berkembar atau transmisi Steptronic 8-kelajuan.

Dari segi ciri-ciri keselamatan pula, ia dilengkapi dengan Kawalan Jelajah dengan Kawalan Fungsi Jarak Letak Kereta  dan turut memaparkan had laju selain terdapat petunjuk untuk memotong kenderaan lain.

Apakah pendapat anda mengenai jentera mewah ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Tag:

bmw
BMW Malaysia
BMW Goldplay
BMW X2
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800

Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.

25-06-2025
Berita Auto

Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.

BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.

13-03-2024
EV

Ada Berita Baik Untuk Pemilik EV Di Penang

Ada Stesen pengecas EV di Island 88.

09-01-2024
Berita Auto

Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.

04-05-2023
Berita Auto

BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?

Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.

29-09-2022
Berita Auto

BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.

15-08-2022
Berita Auto

9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!

BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.

15-07-2022
Berita Auto

BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi

BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.

29-06-2022

Berita Terkini

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026