- Berita
- Berita Auto
- Hujan Berterusan, Beberapa Laluan Di KL Dinaiki Air
Beberapa laluan di sekitar ibu negara dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak pukul 3 petang tadi.

Gambar Ihsan: Polis KL
Berdasarkan halaman rasmi Facebook Polis Kuala Lumpur, antara laluan yang dinaiki air ialah sekitar Jalan Pudu, Jalan Maharajalela, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Travers.

Gambar Ihsan: Polis KL
Hujan lebat itu menyebabkan air bertakung di sekitar Changkat Thambi Dollah selain kesesakan teruk turut berlaku dari susur Jalan Pudu hingga ke Kampung Pandan, Ampang.
Selain laluan dinaiki air, sebatang pokok yang tumbang di Jalan Syed Putra menyebabkan tembok Muzium Istana Diraja pecah.

Gambar Ihsan: Polis KL
Susulan itu, dua kenderaan jenis Toyota Vellfire dan Honda BRV yang secara kebetulan berada di lokasi kejadian dihempap pokok berkenaan.

“Bagaimanapun, dua mangsa yang berada di dalam kenderaan masing-masing bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur Omar Chekku .
Insiden itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Syed Putra itu.

Bagaimanapun, kesesakan itu kembali pulih selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengalihkan dan membersihkan sisa pokok tumbang itu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
