Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Banjir Kilat Tenggelamkan KL

Suhana Veru

Kongsi melalui

Ribuan kereta ditenggelami banjir manakala keadaan lalu lintas lumpuh gara-gara beberapa lokasi di sekitar ibu kota dilanda banjir kilat.

Hujan lebat berterusan  sejak 3 petang itu menyebabkan  ribuan kereta yang diletakkan di kawasan parkir terbuka dan bawah tanah dalam bangunan sekitar ibu kota ditenggelami banjir. 


Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengesahkan kejadian itu di laman Facebook.

Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Kampung Baru, Bukit Bintang, kawasan parkir berhampiran KLCC dan Jalan Kuchai Lama, terowong berhampiran Tabung Haji, terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.


Kawasan lain yang turut  terlibat ialah Bandar Kinrara, Puchong,  Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang Batu Arang, Kampung Melayu Sungai Serai Batu Arang, Kampung Gombak Kuang, Bandar Baru Sungai Buloh dan Kampung Melayu Sungai Buloh.

Turut terkesan dengan banjir kilat adalah Jalan Cheras, Jalan Sultan Ismail, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Parlimen, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak dan Jalan Ampang.

Malah, Lebuhraya Bukit Jalil dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dilaporkan terjejas teruk dengan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.

Sementara itu, beberapa gambar dan video tular tersebar di media sosial memaparkan deretan kenderaan terperangkap dalam banjir  di sekitar kawasan parkir berhampiran KLCC.


Susulan itu, terowong SMART terpaksa ditutup secara sepenuhnya berikutan banjir kilat yang melanda ibu kota.


Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Bagi mereka yang terperangkap dalam banjir itu, jaga keselamatan anda bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.


Tag:

flood
Kuala Lumpur
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Terperangkap Dalam Banjir? Ini Tips Pandu Kereta Ketika Redah Banjir

Caricarz ingin berkongsi beberapa tips dan persedian langkah betul mengharungi banjir ketika memandu.

20-12-2021
Berita Auto

"Kalau KL Tak Selamat? Sertakan Bukti, Kajian,"- Datuk Bandar KL

Kecoh mengenai desas-desus yang mengatakan bahawa Kuala Lumpur adalah lokasi tidak selama

26-08-2024
Berita Auto

Acara KL Car Free Morning Dibatalkan Pada 5 & 12 Mac Ini

KL Car Free Morning (KLCFM) dibatalkan pada hari Ahad ini dan juga Ahad hadapan.

02-03-2023
Berita Auto

Keadaan Kuala Lumpur Kian Merisaukan: Isu Jalan Banjir, Trafik Sesak, Pengangkutan Semakin Teruk

5 sebab kenapa Kuala Lumpur bukan lagi sebuah bandar yang selamat dan ini penyelesaiannya...

30-05-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026