Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LX "OFFROAD" - Model Lasak Oleh Lexus Dan JAOS

Sofea Najmi

Kongsi melalui

JAOS Corporation  berkolaborasi dengan Lexus dalam penghasilan model kustom, LX "OFFROAD" yang diberikan nama sebagai  LX 600 “OFFROAD versi JAOS. Model istimewa ini diperkenalkan ketika Tokyo Auto Salon 2022 bulan lepas. 




Seperti dalam versi Toyota, LX 600 dikuasakan oleh enjin V6 turbo berkembar yang boleh menjana 409 kuasa kuda dan 649 Nm tork.  Enjin ini digabungkan dengan transmisi automatik DirectShift 10 kelajuan untuk meningkatkan lagi penjimatan bahan api kereta. 



Bahagian luarnya dihasilkan dengan menggunakan bahan yang bersifat ringan iaitu 'carbon fibre reinforced plastic' atau CFRP. Bahan ini digunakan untuk menghasilkan pelindung bawah (skid protector) bampar depan dan belakang serta fender.  Untuk rim, ia menggunakan rim ENKEI 20 inci. 



Suspensi depannya ialah jenis 'double wishbone,' manakala belakang pula ialah jenis 'four-link' yang diambil daripada LX 570.  Satu perubahan yang dilakukan pada model kostum ini ialah kedudukan penyerap hentak belakang.  Penyerap hentak ini dialihkan ke bahagian luar lengan kawalan belakang supaya ia dapat mengikut pergerakan tayar dengan lebih baik sekali gus mengurangkan getaran dan meningkatkan keselesaan kereta. 



Ciri menarik lain LX 600 ialah berkaitan sistem kawalan ketinggian aktif kereta yang boleh diubah mengikut keadaan jalan. Kali ini, proses pelarasan ketinggian untuk model ini berlaku dengan lebih pantas.  Terdapat tiga mod ketinggian pemanduan manual yang ditawarkan iaitu Normal, Hi1 dan Hi2 di samping pilihan untuk mengurangkan ketinggian bagi memudahkan penumpang keluar dan masuk kereta. 




LX "OFFROAD" hadir dengan ciri-ciri menarik seperti seperti:

- Pelindung skid depan (CFRP)

- Pelindung skid belakang (CFRP)

- Over fender type-R (CFRP)

- Rim emas titanium 20 x 9.0J JAOS TRIBE CROSS 

- Tayar (A/TIII 285/55R20 TOYO TIRES OPEN COUNTRY)

- Mud Guard III (hanya sampel)

- Pelindung pemegang pintu

- Tail-Cutter (hanya sampel)





Gallery

Tag:

Lexus
LX600
OFFROAD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
EV

Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.

26-12-2025
Global

Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa

Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.

08-12-2025
Global

Lexus Sport Concept Adalah Pengganti LFA?

Lexus Sport Concept dikatakan akan menjadi pengganti kepada model supercar LFA.

17-08-2025
Berita Auto

Sedan Mewah Lexus IS 500 Bakal Ditamatkan Pengeluaran – 'Climax Edition' Jadi Penutup

Setelah tiga generasi, Lexus IS 500, sedan sport dengan enjin V8 yang popular, dijangka akan menghentikan pengeluarannya pada penghujung tahun ini.

24-06-2025
Global

Auto Shanghai 2025: Lexus ES 2026 Didedah! Ada Versi Elektrik, HEV

Lexus ES 2026 akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu hibrid (HEV) dan EV.

23-04-2025
Global

Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition

Lexus RX, antara model terlaris Lexus, telah diberikan kemas kini untuk model tahun 2025 (2025MY).

23-08-2024
Berita Auto

Lebih 8K Model Toyota, Lexus Terjual

UMWT mencatatkan pretasi yang cukup positif, pada bulan lepas.

12-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026