Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Porsche Cayenne Adalah Model Pertama Pemasangan Tempatan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seiring  dengan matlamat Sime Darby untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia, syarikat itu mengumumkan hab pembuatan pertama Porsche di Kulim, Kedah.

Di Malaysia, hanya beberapa model Porsche telah berada di pasaran termasuk enam sedan, tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) dan satu hibrid.


Sementara itu, harga barisan kenderaan elektrik pula bermula dari RM150,900.

Memiliki pengeluaran kereta Porsche di negara ini, ia sebenarnya memberi manfaat kepada pasaran ASEAN.

Ini kerana Sime Darby bukan sahaja dapat menyokong pertumbuhan perniagaannya sebaliknya dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Porsche Cayenne yang dipasang secara tempatan itu akan dijual bermula dari RM550,000 seperti mana yang didedahkan pada tahun lalu berbanding model importnya yang ditawarkan pada harga lebih RM660,000.

Ini menandakan kemudahan pemasangan pertama untuk kenderaan Porsche berada di luar Eropah.

Cayenne dikuasakan oleh enjin 3.0 liter V6 pengecas turbo dimana ia mampumenghasilkan 340 PS dan tork 450 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan yang memacu keempat-empat roda.

Untuk makluman anda, lebih 100 unit pertama Porsche Cayenne 2022 yang dipasang tempatan telah habis dijual dalam masa seminggu selepas pelancarannya.


Ahli Lembaga Eksekutif (Jualan dan Pemasaran) Porsche AG, Detlev von Platen berkata, hab pembuatan merupakan satu pencapaian baharu bagi syarikat.

Langkah itu dilihat dapat memenuhi harapan syarikat untuk mempunyai lebih ramai peminat kereta Porsche di Malaysia,” katanya.

Majlis dirasmikan oleh Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.


SUV mewah itu dilengkapi dengan Sistem Pencahayaan Dinamik Porsche (PDLS) untuk lampu selekoh, sistem Pengurusan Komunikasi Porsche dengan paparan HD penuh 12-inci dan sambungan Apple CarPlay.

Peningkatan ini digabungkan dengan ciri pemanduan seperti Porsche Advanced Cockpit, stereng sporty pelbagai fungsi dengan paddle shifter  selain dipadankan dengan rim bersaiz 21-inci.


 

 


Tag:

: Porsche
Porsche Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Porsche Sambut Pengeluaran Taycan Yang Ke-100,000, Tahniah!

Porsche meraikan pengeluaran unit Taycan yang ke-100,000 baru-baru ini.

09-11-2022
Berita Auto

Porsche Hangus, Mujur Pemandu Selamat!

Sebuah kereta mewah jenis Porsche musnah terbakar berhampiran banguanan Kellie’s Castle, Perak.

06-10-2022
Global

Porsche Umum Ketibaan Porsche 911 Carrera GTS Cabriolet America Edition

Porsche mengumumkan ketibaan kereta sports paling istimewa, Porsche 911 Carrera GTS Cabriolet America Edition yang akan berada di bilik pameran dalam tempoh terdekat ini.

13-06-2022
Berita Auto

Kapal Kargo Yang Membawa Kereta Mewah Itu Diselubungi Asap Tebal

Kapal kargo yang membawa kira-kira 4.000 kenderaan termasuk Porsche, Audi dan Bentley, terbakar di kawasan perairan berhampiran Azores di Itali.

22-02-2022
Berita Auto

Porsche Labur Dalam Cetakan 3D, Ini Sebabnya...

Porsche bercadang untuk memperkembang perniagaan melalui pembabitan dalam dunia pembuatan.

17-02-2022
Berita Auto

Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Tidak Melepaskan Peluang Mengikuti Perjalanan Itu

Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Cars di Kanada, Marc Ouayoun mengunjungi tujuh pusat kereta Porsche yang terletak di seluruh Kanada baru-baru ini.

13-10-2021
Berita Auto

Porsche Meraikan 50 Tahun R&D Di Weissach Dengan Pameran Inovatif

Muzium Porsche di Zuffenhausen menyambut tahun ke-50 penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan Porsche.

20-09-2021
Berita Auto

Porsche 911 GT2 RS Pecah Rekod Baharu Di Litar Nürburgring

911 GT2 RS berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas di litar berkepanjangan 20.8 km Nürburgring Nordschleife

17-08-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026