Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Scuderia Ferrari Bakal Menggunakan Kereta F1 Terbaharu, F1-75 Dalam F1 2022!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Scuderia Ferrari perkenalkan pesaing baharu untuk Kejohanan Dunia Formula 1 2022, F1-75

Dipertontonkan secara dalam talian di Gestione Sportiva, Maranello, kereta ini ialah kereta ke-68 yang dibangunkan syarikat untuk menjadi pesaing dalam perlumbaan motor kategori 'blue riband.

Pengarah Urusan dan Ketua Pasukan Scuderia Ferrari, Mattia Binotto berkata, "F1-75 merupakan ekspresi bakat, komitmen dan semangat setiap seorang daripada kami.  Ia merupakan hasil kerja akhir sebuah pasukan yang menjalankan tugasan dengan semangat dan pendekatan baharu, mencuba sebaik mungkin dari segi inovasi untuk setiap komponen, perincian dan penyelesaian.  Saya berbangga dengan kerja-kerja yang telah dilakukan untuk menghasilkan F1-75. Saya ingin F1-75 untuk menjadi kereta yang membolehkan peminat kami sekali lagi berbangga dengan Ferrari.  Matlamat kami adalah untuk menghidupkan kembali legenda Prancing Horse (logo Ferrari) dan kami hanya boleh melakukannya dengan menang sekali lagi.  Ini memerlukan sebuah kereta yang laju dan juga dua orang pemandu yang hebat, dan kami ada kedua-duanya."


Tugasan memandu jatuh kepada pasangan yang ditemui buat pertama kalinya tahun lalu iaitu Monegasque Charles Leclerc dan Spaniard Carlos Sainz.

Scuderia Ferrari turut mendapatkan khidmat Antonio Giovinazzi dan Mick Schumacher sebagai pemandu simpanan.  

Robert Shwartzman memegang peranan sebagai pemandu ujian dan dijadualkan akan mengambil bahagian dalam sesi latihan bebas pada dua hari Jumaat sepanjang musim ini.


"Pasukan kami sedang bersiap sedia untuk musim yang terpanjang dan mungkin juga untuk musim yang paling mengejutkan sepanjang dekad ini.  Peraturan berbeza, kereta berbeza, 23 perlumbaan.  Musim akan datang mungkin menyimpan beberapa kejutan. Dalam perlumbaan pertama di Bahrain, terdapat sedikit perbezaan dari segi prestasi antara pasukan, namun kemudian sepanjang tahun ini kami dapat menyaksikan beberapa pasukan dan pemandu menunjukkan kemajuan. Nasib menyebelahi kami, kami memiliki bakat dan juga dedikasi daripada Charles dan Carlos yang telah bekerja keras di sepanjang musim sejuk dengan jurutera untuk membangunkan kereta ke arah yang sepatutnya," kata Pengarah Perlumbaan dan Ketua Litar Scuderia Ferrari, Laurent Mekies.

Dari segi rekaan, F1-75 dicat dengan warna merah baharu yang dibangunkan oleh Ferrari Style Centre. Monikernya menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan syarikat bagi tahun ini.

Sambutan ulang tahun ini terserlah melalui logonya, selain dilengkapi bendera Itali, ciri-ciri yang telah lama menjadi sebahagian F1 Ferrari.


"Faktor utama yang pertama sekali membezakan kereta ini dengan yang terdahulu adalah dari segi pengurusan masanya. Kami membenarkan lebih banyak masa daripada biasa bagi fasa rekaan, mengkaji dengan mendalam setiap perubahan peraturan supaya dapat 'memerah' semua prestasi, meneroka sejumlah penyelesaian yang besar melalui kajian, simulasi dan ujian meja.  The second key factor is the involvement and empowerment of each individual designer, so that everyone feels the excitement and uniqueness of the challenge posed by these massive changes. Faktor utama yang ketiga ialah integrasi dan dialog antara kumpulan berbeza, satu pasukan bekerja dengan prestasi, yang lain dengan rekaan, seterusnya produksi, pemerolehan, kawalan kualiti, pemasangan, ujian meja, perancangan, pengurusan litar dan juga pemandu sendiri, termasu maklum balas mereka," ujar Ketua Kejuruteraan Projek Casis, Fabio Montecchi.

Rupa baharu F1-75 adalah hasil daripada interpretasi jurutera Maranello berdasarkan peraturan teknikal terbaharu yang dikuatkuasakan mulai tahun ini.  

Bahagian yang menonjol ialah elemen 'hidung' bawah dan juga bodywork kereta, di mana penjagaan yang baik telah diberikan dalam pembungkusan PU dan bahagian sampingan lain untuk mendapatkan prestasi aerodinamik yang terbaik.


"Tidak dinafikan, perubahan peraturan pada tahun 2022 merupakan yang paling radikal dalam tempoh 40 tahun ini. Selaras dengan pembangunan kereta, kami telah menambah baik peralatan simulasi, untuk membawa cahaya ke sudut gelap yang wujud pada masa lalu. Aerodinamik sememangnya keutamaan kami.  Kami mendekatinya dengan minda yang terbuka. Pemikiran yang terbuka ini turut diaplikasikan pada peringkat pembangunan suspensi," ujar Ketua Casis Scuderia Ferrari, Enrico Cardile.

Dari segi prestasi, F1-75 menggunakan enjin 1.6L (1600 cc), 4 injap satu silinder, pengecas turbo tunggal, unit kuasa V6 yang dilengkapi penyuntik langsung 90 darjah dengan rev maksimum 15,000 rpm.



Konfigurasi sistem pemulihan tenaga hibridnya dengan penjana motor elektrik digabungkan dengan pek bateri lithium-ion 20 kg.

Secara keseluruhannya, Unit Penjana Motor - Kinetik (MGU-K) memiliki kuasa maksimum 120 kW (163 cv) dengan rev maksimum 50,000 rpm, manakala  Unit Penjana Motor - Haba (MGU-H) pula 125,000 rpm.

Dari segi badannya, casis kereta dihasilkan daripada bahan komposit sarang lebah gentian karbon dengan pelindung Halo di atas kokpit.  


Keseluruhan badan kereta termasuklah tempat duduk dihasilkan daripada gentian karbon. Berat keseluruhan kereta termasuk air, pelincir dan pemandu adalah 795 kg.

Ketua Unit Kuasa Scuderia Ferrari, Enrico Gualtieri berkata, "Semua komponen telah dinilai semula, sesetengahnya telah dioptimumkan, sementara yang lain adalah inovatif. Kami bermula dari konsep utama iaitu untuk mencari kecekapan tertinggi dalam proses transformasi tenaga, daripada  bahan kimia pembakaran kepada mekanikal, hingga aci engkol. Segalanya telah direka dengan matlamat ini di fikiran.  Bekerja dengan cara yang sama praktikal, kami juga menentukan susun atur unit kuasa yang paling sesuai mengikut keperluan rakan sekerja kami di bahagian casis berdarkan peraturan teknikal baharu."


Scuderia Ferrari telah pun menyelesaikan tiga hari pertama ujian pra-musim di litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol.  

Dalam ujian ini, F1-75 telah melengkapkan sejumlah 439 pusingan (2,052 km), terbanyak berbanding kereta lain di litar. Sepanjang ujian tersebut, kereta dipandu oleh Charles Leclerc dan Carlos Sainz.

Charles menggunakan tayar kompaun C2 dan C3 sepanjang tiga hari tersebut dengan tujuan untuk menilai kualiti pengendalian kereta dengan konfigurasi berbeza-beza.  



Malangnya, pada pagi hari terakhir, kereta terhenti tidak kurang daripada lima kali semasa berada di litar selama empat jam.

Monegasque telah menyelesaikan sebanyak 44 pusingan atau bersamaan dengan 206 km sepanjang tiga hari ini, manakala Leclerc telah melakukan sebanyak 203 pusingan atau 949 km.

Pada waktu tengahari hari terakhir, Carlos mengambil alih. Carlos membawa kereta dengan menggunakan tayar pertengahan di atas litar yang telah dibasahkan. 


Selepas litar dikeringkan, beliau menukarkan tayar kepada tayar kering C2, C3 dan C4. Beliau melakukan 92 pusingan (430 km) yang membawa kepada 236 pusingan (1103 km) secara keseluruhannya untuk ketiga-tiga hari

Perhentian seterusnya ialah Bahrain. Di sini, Scuderia dikembalikan kepada Maranello untuk menilai sejumlah data besar yang telah diperoleh.

Pasukan telah melakukan perubahan yang diperlukan untuk mempersiapkan diri dengan ujian yang kedua dan juga yang terakhir untuk pra-musim di litar Sakhir, dari 10-12 Mac.


Mekies menyimpulkan, "Secara keseluruhannya, ini merupakan sesi ujian yang mantap kerana kami telah menyelesaikan banyak pusingan.  Kami telah berjaya melalui kebanyakan program kami, yang berdasarkan kepada tiga elemen utama, pertama adalah untuk mendapatkan bacaan awal kebolehpercayaan (reliability), oleh sebab itulah, fokus utama kami adalah pada bilangan pusingan yang diselesaikan, kedua adalah untuk memperincikan beberapa parameter kereta kami, daripada prestasi aero, tayar, hinggalah kepada prestasi dinamik kenderaan. 

Akhir sekali, penting untuk memberi pemandu kami pusingan yang secukupnya untuk membiasakan mereka dengan kereta baharu ini.  Ia memerlukan gaya pemanduan dan juga pendekatan yang berbeza bergantung kepada pelbagai keadaan perlumbaan.  Ia juga baik bagi pasukan pelumba untuk kembali semula ke litar. Untuk mereka, ini adalah aktiviti pemanasan yang berguna bagi membiasakan diri dengan prosedur seperti tempat berhenti (pit stop), untuk semua kembali bekerja sekali lagi dan berinteraksi dengan pemandu. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang berada di kilang, yang telah bekerja keras sejak beberapa bulan ini untuk memastikan kami tiba di litar lumba dalam keadaan penuh bersedia."

 

Gallery

Tag:

Ferrari
Formula One
Scuderia Ferrari
F1-75
Ferrari F1-75
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
Kereta Baru

Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta

Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.

29-10-2025
EV

Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas

Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’.

10-10-2025
Berita Auto

VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan

Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.

25-09-2025
Berita Auto

OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans

JPJ menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.

11-08-2025
Global

Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Selepas hampir tiga tahun sejak pelancaran Ferrari 296 GT3, kereta lumba ini kini tiba dalam versi terbaru, Ferrari 296 GT3 Evo.

01-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025
Global

Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Ferrari 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi.

17-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026