Link Copiedcheck_circle
Global

Jentera Ini Kini Dipamerkan di Muzium Mercedes-Benz

Suhana Veru

Kongsi melalui

Pameran bertajuk “Close-Up: Cars, Architecture and Exhibition Design’ mengisarkan mengenai kejutan dan perkara yang mengujakan di sebalik perincian Adenauer.

Kali ini , pameran yang diadakan di Muzium Mercedes-Benz menumpukan kepada model Mercedes-Benz 300, Adenauer.

Mercedes-Benz 300 'Adenauer' yang terletak di dalam Bilik Legend 5 Muzium Mercedes-Benz ini cukup menarik perhatian.

Pertama sekali adalah disebabkan kabel panjang yang menghubungkan kepada Mercedes-Benz 220 S (W 111).

Jadi, hanya sebahagian kenderaan itu kelihatan seperti Adenauer biasa. Ia sebenarnya disambungkan kepada kenderaan lain melalui kabel sepanjang sehingga 30 meter panjang.

Ia merupakan sejenis 'rangkaian kawasan setempat' (LAN) yang menghantar data sensor ke peranti pengukur sensitif di bahagian belakang

Sebagai penambahbaikan, idea ini telah memacu pembangunan kenderaan di Mercedes-Benz sejak ia mula mencipta kereta sekitar tahun 1886.

Apa yang menjadi masalah ialah peralatan sekitar tahun 1950 itu dikatakan amat besar, berat dan agak sensitif.


Biarpun, ia dipadankan dengan pelbagai peralatan namun menjengah bahagian dalamannya, ia tidak menawarkan keselesaan yang terbaik.

Paling ketara ialah  ruang kepala adalah terhad, dan dua tempat duduk di bahagian belakang mempunyai kerusi yang dianyam dengan rotan.


Untuk makluman anda, jentera ini dikuasakan dengan enjin W 189 (1957 hingga 1962), dimana ia mampu menghamburkan kuasa 160hp.

Mercedes-Benz menjelaskan bahawa ia mempunyai kelajuan maksimum 120 kilometer sejam (km/j), manakala, ‘Adenauer’ biasa hadir dengan transmisi automatik.

Ia dikatakan mampu mencapai kelajuan sehingga 165 km/j.

 Dikhabarkan, jentera berkenaan digunakan sehingga tahun 1970 terutama di trek ujian di Untertürkheim, Jerman.

Lebih menarik, ia juga mempunyai kelulusan jalan raya dengan nombor pendaftaran: S-MH 867.

Hari ini, dengan adanya sistem pemerolehan data bergerak dengan kenderaan prototaip ini, maka ia akan menjadi lebih ringan dan lebih kecil. 

Sudah tentunya, pencipta kenderaan mahu menerokai lebih banyak pengetahuan selain menjadi satu motivasi untuk mereka menjadikan kereta Mercedes-Benz lebih baik pada masa depan.





Gallery

Tag:

MERCEDES BENZ
Mercedes
Mercedes-Benz Museum
300 Adenauer
Adenauer
Mercedes-Benz 300 Adenauer
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga

CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…

27-03-2023
Berita Auto

Aston Martin Bangunkan Teknologi Infotainmen Sendiri, Tinggalkan Sistem COMAND Mercedes

Aston Martin akan memperbanyakkan lagi produk keluaran syarikatnya termasuk pengenalan barisan kereta sport.

13-03-2023
Berita Auto

Pemilik Mercedes-Benz Dapat Rasai Pengalaman Mewah Menerusi Acara "Mercedes-Benz Star Experience".

Pengedar terkemuka untuk Mercedes-Benz di Malaysia, Cycle & Carriage (C&C) menganjurkan acara eksklusif, Mercedes-Benz Star Experience di Autohaus Cycle & Carriage di Johor Bahru baru-baru ini.

09-03-2023
Berita Auto

Kereta Terbakar, 4 Nyaris Rentung

Empat individu terselamat apabila kereta Perodua Axia dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 3, Jambatan Pulau Pinang semalam.

24-02-2023
Berita Auto

Edisi Terhad Mercedes-AMG SL63 Dengan Sentuhan Kereta Lumba F1 Petronas Diperlihatkan

Mercedes-AMG baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran varian edisi terhad “Motorsport Collectors Edtion” bagi roadster SL63.

14-01-2023
Berita Auto

Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?

Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.

12-01-2023
EV

Mercedes Bina Rangkaian Pengecasan 350kW, Sasar 10K Pengecas Menjelang 2030 Seluruh Dunia!

Mercedes-Benz telah mengumumkan bahawa ia akan mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Amerika Utara, Eropah, China dan pasaran utama yang lain.

08-01-2023
Berita Auto

Ibu, Anak Terkorban!

Seorang wanita bersama bayinya yang berusia tiga bulan maut dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

12-10-2022

Berita Terkini

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026