Link Copiedcheck_circle
EV

EV IONIQ 5 Kini Boleh Ditempah Dengan Bayaran RM1000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengumumkan pembukaan tempahan untuk IONIQ 5 di semua bilik pameran wakil-wakil pengedar sah dengan yuran tempahan RM1000 sahaja.



Bermula dari 2 Mac hingga 6 Mac, 2022, sebuah kotak yang meletakkan  IONIQ 5 akan ditempatkan di Centre Court, tingkat bawah pusat beli-belah 1 Utama.


Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan berkata, Hyundai dijangka akan menerajui segmen pasaran kenderaan elektrik di Malaysia dengan lebih banyak kenderan elektrik akan diperkenalkan dalam tempoh tiga tahun akan datang.



"Memandangkan permintaan terhadap kenderaan elektrik Hyundai di sini cukup baik, kami telah menyediakan lebih banyak lagi model elektrik," ujarnya.


IONIQ 5 ditawarkan dengan dua pilihan pek bateri iaitu sama ada 58 kWh atau 72.6 kWh. Pelanggan boleh memilih salah satu daripada dua reka letak motor elektrik yang ditawarkan iaitu sama ada motor di bahagian belakang sahaja atau motor pada kedua-dua bahagian iaitu depan dan belakang. Kelajuan tertinggi yang mampu dicapai ialah 185 km/j.



"Ia hadir dengan rekaan dalaman inovatif menggunakan bahan mesra alam, prestasi yang gagah digabungkan dengan pengecasan ultra-pantas dan fungsi kenderaan ke beban (V2L).


IONIQ 5 dapat memberikan pengalaman pemanduan yang hebat di samping ciri keselamatan yang tinggi dengan adanya ciri sambungan dan bantuan pemandu yang canggih," ujar Pengarah Urusan HSDM, Encik Low Yuan Lung.



Dibina berasaskan platform modular global elektrik (E-GMP), model ini bergerak di atas rim bersaiz 20 inci yang juga merupakan rim terbesar pada sebuah model EV keluaran Hyundai. Ciri menarik lain pada model ini ialah penggunaan lampu DRL berbentuk V dan juga pemegang pintu automatik.

 


Gallery

Tag:

Hyundai Ioniq 5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Lain Macam Idea Hyundai, Cipta Hyundai Ioniq 5 Versi Off-Road, XRT

Hyundai kini menawarkan Ioniq 5 elektrik dalam versi off-road yang dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 XRT.

05-09-2024
EV

Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya

Hyundai mengumumkan rancangan untuk membawa masuk empat unit Ioniq 5 N dalam acara Pikes Peak International Hill Climb.

15-04-2024
Global

Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?

Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.

27-02-2024
EV

Hyundai Buka Hotel Yang Dikuasakan Oleh EV Ioniq 5!

Hyundai merancang untuk membuka sebuah hotel yang akan dikuasakan oleh kenderaan elektrik (EV) Ioniq 5!

08-10-2022
EV

[FOTO INTIPAN] Ioniq 5 N 2023, Kereta Paling Berkuasa Dihasilkan Hyundai?

Foto intipan dan informasi berkenaan Ioniq 5 N 2023.

13-09-2022
EV

Pengeluaran IONIQ 5 Terpaksa Ditangguhkan, Ini Puncanya...

Gangguan pengeluaran kenderaan elektrik, IONIQ 5, ini puncanya...

08-08-2022
Global

RoboRide, Guna IONIQ 5, Pemanduan Autonomi Tahap 4

Hyundai Motor Group mengumumkan bahawa pihaknya akan merintis perkhidmatan teksi tanpa pemandu, RoboRide di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

10-06-2022
EV

Ioniq 5 2023 Tampil Lebih Moden dan Canggih

Model tahun 2023 ini telah diperbaharui dari segi teknologi, artikel ini memperincikan segalanya.

01-04-2022

Berita Terkini

EV

EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan mewujudkan klasifikasi untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih mampu milik, untuk menyaingi harga yang ditawarkan oleh pengeluar kereta China, ketika ini.

15-12-2025
EV

Operasi CKD XPeng Bakal Berlaku, Rundingan Dengan EPMB Melaka

XPeng mengesahkan bahawa syarikatnya kini sedang mengadakan rundingan dengan EP Manufacturing Bhd (EPMB) untuk memulakan pemasangan kenderaan elektrik secara tempatan (CKD) secara besar-besaran di Malaysia bermula tahun 2026.

14-12-2025
EV

Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar

Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena Proton Tech Showcase 2025.

05-12-2025
EV

Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya

Skim pajakan bateri Perodua QV-E dijelaskan dengan lebih terperinci untuk memudahkan para pembeli.

01-12-2025
EV

Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini

Perodua QV-E (BEV) kini rasmi di pasaran pada harga RM80K dengan bateri LFP 52.5 kWj. Ini dia 9 pusat jualan EV Perodua yang sah di serata Malaysia.

01-12-2025
EV

Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!

Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.

01-12-2025
EV

Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini

Kenderaan elektrik pertama Perodua dikatakan akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.

29-11-2025
EV

Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor

Yinson GreenTech, melalui anak syarikatnya, penyedia kenderaan elektrik (EV) sewa, drivEV, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dalam usaha memajukan matlamat mobiliti hijau di negeri Johor.

26-11-2025