Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Motor Dedahkan Noah Dan Voxy 2022 Yang Telah Diberi Sentuhan Baharu!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota Motor Corporation telah melancarkan minivan Noah dan Voxy dalam versi yang telah direka semula sepenuhnya. Model ini dibentuk kembali supaya dapat dilengkapi dengan lebih banyak kemudahan, lebih selesa dan bergaya.


Noah telah direka berdasarkan prinsip "megah, moden dan berkualiti tinggi," serta "'mainstream' dan agresif," manakala Voxy pula dihasilkan berdasarkan prinsip "canggih dan unik."



Kedua-dua model versi terbaharu ini telah dibina berasaskan platform TNGA (GA-C). Jika dibandingkan dengan keluaran sebelum ini, struktur badan kereta kini telah dioptimumkan untuk mendapatkan kedudukan tiang C yang lebih sejajar sekali gus menambahkan kelebaran kereta (lebih lebar sebanyak 75 mm berbanding model terdahulu). Kabin yang setinggi 1,405 mm juga menjadikan ruang kereta terasa lebih lapang.



Kedua-dua Noah dan Voxy dilengkapi teknologi hibrid 2ZR-FXE 1.8L (138 hp) dengan pilihan sistem pacuan semua roda elektrik E-Four. Selain itu, ia turut didatangkan dalam versi trenkuasa enjin pembakaran dalam Dynamic Force M20A-FKS 2.0L (168 hp/202 Nm) dengan transmisi Direct-Shift CVT.  Versi pacuan semua roda (AWD) turut ditawarkan bagi model yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalam.

 

Pintu gelangsar bebas tangan ditawarkan sebagai pilihan. Fungsi ini boleh diaktifkan dengan meletakkan kaki di bawah pintu depan semasa membawa kunci. 

 

Untuk but belakang kereta, hadir dengan fungsi 'free-stop' yang membolehkan bukaan pintu dihentikan pada mana-mana darjah bukaan dengan hanya satu sentuhan tangan.  Menurut Toyota, fungsi ini merupakan yang pertama diwujudkan di dunia. 

 

Ciri ini sangat membantu sekiranya ruang belakang kereta terhad dan but tidak dapat dibuka sepenuhnya.



Noah dan Voxy kedua-duanya dilengkapkan dengan pakej keselamatan Toyota Safety Sense. Pakej ini merangkumi bantuan pemanduan proaktif, teknologi pertama Toyota yang dihasilkan untuk mengelakkan kenderaan daripada terlalu dekat dengan pejalan kaki, penunggang basikal dan kenderaan yang sedang parkir dengan mengesan sebarang kemungkinan kehadiran pejalan kaki atau kemungkinan pergerakan kenderaan pegun.

 

Bantuan pemanduan proaktif juga berfungsi untuk merendahkan kelajuan kenderaan sebagai respon kepada kenderaan yang berada di hadapan atau semasa mendekati selekoh. Fungsi ini diwujudkan untuk mengurangkan penggunaan pedal.



Sistem ini dibantu oleh teknologi pra-pelanggaran yang turut mengesan kehadiran penunggang motor dan bukan hanya kereta, pejalan kaki atau penunggang basikal pada waktu siang.

 

Ciri keselamatan lain yang turut terdapat dalam sistem ini ialah kawalan pecutan berkelajuan rendah, brek sokongan parkir, bantuan kendali keselamatan, bantuan tukar lorong dan amaran lintasan trafik hadapan.  Bantuan keluar selamat serta kawalan buka pintu didatangkan sebagai ciri standard untuk versi yang hadir dengan pintu gelangsar automatik. 

 

Sistem ini akan memberi amaran kepada penumpang sekiranya pintu gelangsar dibuka semasa terdapat kenderaan mendekati daripada belakang.  Sekiranya ada kenderaan yang mendekati, sistem akan menghalang pintu daripada terbuka.

 

Toyota Teammate ialah ciri standard yang terdapat pada kedua-dua Toyota Noah dan Toyota Voxy, dan ia ia merangkumi fungsi Pemanduan Termaju dan Parkir Termaju.



Dari segi kemudahan, salah satu ciri menarik pada kedua-dua model memiliki hotspot wifi di dalam kereta, ini juga adalah yang pertama untuk Toyota.

.

Noah dan Voxy 2022 juga didatangkan dalam varian yang dinamakan Welcab (kenderaan kebajikan). Varian ini direka khas untuk memudahkan orang berkelainan upaya atau warga emas yang menggunakan kerusi roda. Bergantung kepada varian, kenderaan boleh menampung sama ada satu atau dua kerusi roda, ataupun lengkap dengan kerusi pada barisan ketiga.

 

Di negara Jepun, harga untuk Toyota Noah 2022 bermula daripada  2,670,000 yen (RM97,348) untuk versi 2WD 2.0L Dynamic Force-engined X hingga 3,890,000 yen (RM141,829) untuk varian S-Z dengan trenkuasa Hybrid E-Four. Sementara itu, Toyota Voxy 2022 pula bermula daripada  3,090,000 yen (RM112,661) untuk varian 2WD 2.0L Dynamic Force S-G  hingga 3,960,000 yen (RM144,381) untuk varian S-Z dengan trenkuasa Hybrid E-Four.


Gallery

Tag:

ToyotaMotor
ToyotaNoah
ToyotaVoxy
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026