Link Copiedcheck_circle
Global

Selamat Tinggal Lexus CT 200h! Pengeluaran Model Ini Berakhir Sepenuhnya Oktober Nanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Setelah 11 tahun berlalu, pengeluaran Lexus CT 200h di kilangnya yang bertempat di negara  Jepun akhirnya akan dihentikan Oktober ini. Sempena 'persaraan' model ini, Lexus akan meraikannya dengan mengeluarkan sebuah model edisi khas yang dinamakan Cherished Touring.


Bahagian Luar Lexus CT 200h Cherished Touring 


Model khas ini didatangkan dalam dua warna eksklusif iaitu Graphite Black dan Sonic Quartz yang mana kedua-duanya menggunakan bumbung berwarna Sonic Titanium. 

 

Antara ciri luaran pada model ini ialah gril spindel, lampu kabus, serta bampar belakang yang menerima kemasan berwarna perak berkilat. 


Ciri lain ialah cermin sisi automatik yang dilengkapi sistem pemanas. Model ini turut hadir dengan pengelap cermin depan yang boleh mengesan hujan dan aktif secara automatik.


Bahagian Dalam Lexus CT 200h Cherished Touring 


Bergerak ke bahagian dalam, upholsteri yang digunakan ialah gabungan dua warna iaitu Crimson dan Black Crimson. Bahagian bawah pada tempat duduk dan juga panel pintu dalam warna hitam, manakala bahagian atas pula dalam warna merah pekat. 

 

Jahitan berwarna merah digunakan sebagai kemasan pintu, panel instrumen, pad lutut dan stereng kereta.  Model turut hadir secara standard dengan sistem pemanasan pada bahagian stereng dan tempat duduk.

 


Prestasi Lexus CT 200h Cherished Touring 


Dari segi prestasi, Cherished Touring menggunakan enjin pembakaran 1.8L 4 silinder yang memberikan kuasa maksimum mencecah 98 hp (73 kW) dan tork 142 Nm kepada kereta.  Sementara itu, motor elektriknya pula boleh menyalurkan output setinggi 80.5 hp (60 kW) dan tork 207 Nm. 


Harga Lexus CT 200h Cherished Touring 

 

Lexus CT 200h Cherished Touring ditawarkan pada harga JPY 4,223,000 (RM 145,379) selepas cukai di negara Jepun.

 

Untuk pengetahuan semua, jualan CT 200h sudah pun berakhir empat tahun lalu bagi negara-negara di Amerika Utara, manakala pasaran lain (di luar negara Jepun) sudah berakhir tahun lalu. Sejumlah 380,000 unit terjual di 65 buah negara sejak awal ia dilancarkan iaitu pada tahun 2011.


Nak lihat lebih banyak foto dan tahu lebih lanjut mengenai model ini? Boleh klik di sini: Laman Web Rasmi Lexus  CT 200h Cherished Touring 


Gallery

Tag:

Lexus
CT 200h
Lexus CT 200h
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

29-12-2025
Global

03-12-2025
Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Global

04-11-2025
Global

31-10-2025
Global

14-10-2025
Global

26-09-2025

Berita Terkini

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026