Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isi Minyak & Dapat Makanan FREE? Kempen Raya ‘Ekstra KM Belanja’ Shell!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Selain balik kampung untuk beraya, apa lagi perkara yang boleh buatkan hati gembira? Macam-macam jawapan ada untuk soalan ini, tapi salah satunya mestilah:

 

"Bila dapat makanan PERCUMA!"

 

Betul tak? Untuk menyemarakkan lagi keseronokan pulang beraya, Shell telah melancarkan kempen 'Ekstra KM Belanja.'


Kempen Ekstra KM Belanja


Buat pertama kalinya dalam sejarah, pelanggan boleh menggunakan jarak kilometer (km) perjalanan sebagai matawang untuk membeli apa-apa barangan daripada Shell SELECT, deli2go atau Shell Lubricant. 


Semakin jauh jarak perjalanan, semakin banyak dan tinggi ganjaran yang diterima. Lebih banyak pembelian bahan api dibuat, lebih banyak kilometer yang diberikan. Bukan sekadar makanan atau barangan percuma, Shell turut menawarkan ganjaran BONUS kepada 40 individu. Mereka yang bertuah berpeluang untuk mendapatkan bekalan bahan api secara percuma selama SATU tahun daripada Shell.


Pengurus Besar Mobiliti Malaysia dan Singapura Shell, Seow Lee Ming berkata, "Shell akan terus menemani rakyat Malaysia di mana sahaja mereka memilih untuk pergi pada musim raya ini, memberikan lebih nilai kepada perjalanan mereka. Sekarang pelanggan kami boleh menggunakan 'Ekstra KM' untuk membeli keperluan perjalanan, menambahkan lagi keseronokan balik bercuti."


Cara Buat Pembelian


Pelanggan boleh membuat pembayaran untuk Shell SELECT dan deli2go dengan dua langkah mudah:


#1 Pertama, isi kereta dengan minyak Shell FuelSave 95 berjumlah RM40 atau kumpulkan 390 km dengan Shell V-Power atau Shell V Power Racing.

 

#2 Kedua, imbas kod QR dan muat naik foto resit di laman mikro Shell 'Ekstra KM Belanja' untuk menebus tawaran Shell SELECT dengan serta-merta.

 

Pelanggan boleh memilih daripada pelbagai jenis makanan dan minuman yang termasuklah Maggi Hot Cup, Nescafe, pastri panas dan banyak lagi keperluan perjalanan lain daripada Shell SELECT, deli2go dan Shell Lubricants.


Tempoh Kempen


Kempen ini bermula pada 1 Mei ini hingga 30 Jun, 2022 akan datang.



Gallery

Tag:

Shell Promo
Shell Ekstra KM Belanja
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026