Link Copiedcheck_circle
Global

Opel Astra Dihasilkan Di Russelheim, Tampil Dengan Pelbagai Ciri Ekstra

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kereta hatchback segmen C, Opel Astra ini dihasilkan berdasarkan platform modular efisien (EMP2) sama seperti kereta Peugeot 308 dengan kepanjangan mencecah 4,374 mm dan lebar 1,860 mm.




Dari segi luaran, Opel Astra menerima lampu piksel LED Intelli-Lux bebas silau yang diinspirasikan daripada sistem yang terdapat pada model andalan Opel iaitu Insignia dan juga kereta Grandland yang hadir dengan sebanyak 168 bahagian.    


Bergerak ke bahagian dalam, kluster instrumen Pure Panel yang digunakan menampakkan kereta lebih bergaya.



Tempat duduk depan kereta lengkap dengan fungsi-fungsi seperti pelarasan lumbar, pemanasan, pengudaraan dan urutan.  Untuk memudahkan pemandu, kereta turut dilengkapi sistem bantuan yang dinamakan Intelli-Vision yang merangkumi paparan-di-kepala dan pandangan 360 darjah.



Model baharu ini telah pun dikeluarkan sebanyak 500 unit di kilang Russelsheim yang terletak di Jerman.  Ditawarkan sebagai model hibrid plug-in, barisan kereta Opel Astra bakal disempurnakan menjelang 2023 ini termasuklah dengan varian elektrik sepenuhnya.


Menurut Ketua Pegawai Operasi Opel, Uwe Hocgeshurts, Astra telah dibangunkan dengan penuh dedikasi sehingga perincian turut diberikan pada bahagian yang terkecil.




"Direka dan kini dikeluarkan di ibu pejabat utama kami di  Russelheim, pendatang baru ini akan memberi kami momentum tambahan. Saya sudah tidak sabar lagi untuk melihat Astra di pusat-pusat pengedaran dan untuk berada di dalam tangan pelanggan pada musim bunga nanti," tambahnya.

 


Gallery

Tag:

Opel
Opel Astra
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Rekaannya Yang Cukup Menakjubkan

Opel akhirnya memperkenalkan secara rasmi Astra Sports Tourer baru-baru ini.

09-04-2022
Berita Auto

Jerman Benarkan Remaja Umur 15 Tahun Pandu EV Opel Rocks-E. Ini Ciri Menarik EV Tersebut

Opel, baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran model kereta keluaran terbaharu, Rocks-e.

31-01-2022
Kereta Baru

Bermulanya Era Baharu Opel Astra

Pengeluar kereta Jerman, Opel, kini tampil dengan model terbaharu Astra yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi inovatif.

29-11-2021
Kereta Baru

Bermulanya Era Baharu Opel Astra

Pengeluar kereta Jerman, Opel, kini tampil dengan model terbaharu Astra yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi inovatif.

29-11-2021

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026