- Berita
- Berita Auto
- Pengeluaran Kereta Terjejas Sebab Masalah Bekalan Cip, Covid-19
Adakah anda telah menempah kereta Honda baru-baru ini? Jika ya, nampaknya, anda perlu bersabar !
Ini kerana proses penghantaran kenderaan baharu kepada para pelanggan mungkin akan mengambil sedikit masa gara-gara gangguan bekalan cip semikonduktor di peringkat global, selain pandemik Covid-19 yang masih berterusan.

Bagaimanapun, pelanggan yang telah membuat tempahan mungkin menghadapi kelewatan dalam penghantaran bergantung pada model dan varian pilihan mereka.
Perkara itu disahkan oleh Honda Malaysia menerusi laman webnya.
-full.jpg)
Gara-gara isu produksi, para pelanggan berkemungkinan besar tidak akan menerima kenderaan baharu mereka sebelum 30 Jun ini.
Ini bermakna, para pelanggan tidak dapat menikmati pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 100 peratus untuk kereta pemasangan tempatan manakala, 50 peratus untuk pemasangan luar negara.

Untuk makluman anda, SST bakal berakhir 30 Jun jika kerajaan membuat keputusan untuk tidak melanjutkan lagi memandangkan negara sudah melangkah masuk ke fasa endemik.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi para pelanggan dan sedang berusaha untuk memaksimumkan keluaran pengeluaran sebaik mungkin,” kata Honda Malaysia.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/