Link Copiedcheck_circle
EV

Bagaimana Jenis Jalan Mempengaruhi Jarak Perjalanan Yang Dapat Dicapai EV?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ada yang sudah merancang untuk membeli sebuah kenderaan elektrik (EV) atau sudah pun memiliki sebuah EV di rumah? Artikel ini penting untuk anda baca!


Laman web automotif, Car and Driver pada bulan Februari lalu pernah menulis sebuah artikel mendedahkan hasil kajian mereka tentang bagaimana jarak perjalanan yang dinyatakan atas kertas sesebuah kenderaan elektrik (EV) jarang dapat dicapai apatah lagi lebih daripada yang dinyatakan.


Senarai EV Yang Telah Diuji Car and Driver:



Sumber: Car and Driver


Penting untuk pembaca ketahui, salah satu limitasi kajian ini ialah sesetengah EV yang digunakan untuk kajian ini diuji dalam cuaca sejuk yang memerlukan penggunaan pemanas. Penggunaan sistem pemanasan kereta ini memberi kesan kepada kapasiti sebenar bateri.

Bagaimana Jalan Yang Digunakan Boleh Memberi Kesan Kepada Jarak Perjalanan EV?


Dalam satu perkongsian lain oleh pengasas Nesh.Live, sebuah platform analisis dan pengumpul data kenderaan & tingkah laku pemandu, Venkat Nathan, melalui laman web Times of India, mendedahkan bagaimana jarak perjalanan yang mampu ditempuh sesebuah EV dengan bateri penuh bergantung kepada beberapa faktor iaitu: 

-Gaya pemanduan

-Jenis bateri

-Cuaca

-Jenis laluan


Dalam artikel yang dikongsikan, beliau menjelaskan dengan terperinci bagaimana mengenai salah satu daripada faktor yang dinyatakan iaitu jenis laluan yang digunakan.


Ciri-Ciri Sesebuah Laluan


Setiap laluan atau jalan raya memiliki profil atau ciri yang berbeza. Ciri-ciri ini memberi kesan yang besar kepada jarak perjalanan EV. Berikut adalah ciri-ciri yang dimaksudkan:


-Permukaan jalan

-Kecerunan jalan

-Jumlah trafik


Bagaimana Setiap Aspek Ini Memberi Kesan Kepada Jarak Perjalanan EV?


#1 Permukaan Jalan




Laluan dengan permukaan yang rata dapat memberikan jarak yang lebih jauh. Ini kerana, kereta dapat bergerak dengan lancar. Ini berbeza dengan jalan yang tidak rata atau berbonggol-bonggol. Apabila sesebuah EV melalui jalan yang tidak rata atau banyak halangan, kuasa tambahan diperlukan untuk menggerakkan kereta dan menyebabkan penggunaan tenaga bateri yang lebih tinggi. 


#2 Kecerunan Jalan




Dalam pergerakan mendaki, EV memerlukan tenaga yang lebih tinggi, bermakna kuasa bateri yang digunakan juga adalah lebih tinggi. Kesannya, jarak perjalanan yang dapat dicapai kereta semakin berkurang. Peningkatan kecerunan sehingga 100% akan menyebabkan pertambahan penggunaan kuasa motor sekali ganda. 


Baca: [KAJIAN] Pemandu EV & Hibrid Lebih 'Relaks' Dari Pemandu Lain


Lain pula kesannya sekiranya kereta dalam pergerakan menurun bukit. Ini tidak memberi kesan kepada kereta sama ada secara positif mahupun negatif. Namun, EV dengan teknologi brek regeneratif akan memberikan jarak perjalanan tambahan kepada kereta (dalam sesetengah kes).


#3 Kesesakan Trafik




Situasi trafik akan memberi kesan kepada penggunaan tenaga EV. Dalam kesesakan teruk, jarak perjalanan EV semakin berkurang kerana tekanan pedal dan brek mengejut yang kerap. 


Sekiranya trafik di tahap sederhana pula, pemandu EV biasanya memandu pada kelajuan dan nyahpecutan yang lebih stabil dan lancar. Brek yang digunakan juga adalah jenis regeneratif (tidak mengejut). Dalam situasi ini, EV dapat mencapai jarak perjalanan yang maksimum. 


Baca: EV Yang Lalu Di Jalan Ini Akan Dicas Secara Automatik, Ini Teknologi Yang Digunakan


Berbeza pula dengan jalan yang tidak sesak terutamanya di lebuh raya yang tidak banyak kereta, pengguna EV cenderung untuk memandu dengan laju, kurang melakukan brek atau tanpa brek sama sekali. Bukan itu sahaja, pada kelajuan yang tinggi, kereta juga menerima rintangan angin yang lebih tinggi, oleh itu, lebih kuasa diperlukan untuk mengatasi rintangan ini, sekaligus meningkatkan penggunaan tenaga bateri dan mengurangkan jarak perjalanan kereta. 


Apakah Perbezaan Antara Brek Biasa Dengan Brek Regeneratif? 


Jawapan ringkas untuk soalan ini dikongsi oleh David Filmer di Quora, yang telah memiliki 3 buah EV dan telah menggunakan EV selama lima tahun. 


Sumber: Quora


Menurutnya, “Brek geseran (brek biasa) memiliki kuasa brek yang yang lebih tinggi. Ia akan menghentikan kereta (yang bergerak) pada 60 baju sejam (97 km/j) dalam masa hanya beberapa saat. Brek regenaratif memerlukan kira-kira 12 saat. Sekiranya anda perlu menghentikan kereta dengan cepat, brek geseran diperlukan. Sekiranya anda boleh memilih untuk berhenti bukan secara terus-menerus, brek regeneratif akan membantu mengecas bateri dan mengelakkan kehausan brek/rotor.”


Baca: Bateri EV Ini Boleh Capai 100% Dalam Masa 10 Minit!


Kesimpulan


Untuk mencapai jarak perjalanan yang maksimum bagi EV anda, rancanglah perjalanan dan juga cuba dapatkan gaya pemanduan yang terbaik. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca CariCarz. Jangan lupa untuk share artikel ini, dan follow Facebook kami untuk mendapatkan lebih banyak berita automotif terkini!


Baca: EV6 Selamat Mendarat, Harga RM300,668



Tag:

ev
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"

21-05-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

PERODUA Bakal Terajui EV Murah

PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.

18-01-2024
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).

22-05-2023
EV

Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?

Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand

19-05-2023
Berita Auto

Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow

Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.

04-05-2023

Berita Terkini

EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026