- Berita
- EV
- Bateri EV Ini Boleh Capai 100% Dalam Masa 10 Minit!

Nampaknya, kenderaan elektrik (EV) masa akan datang bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan kerana dapat menjimatkan masa. Baru-baru ini, Enovix, sebuah syarikat yang berpangkalan di California telah berjaya menghasilkan sebuah bateri yang boleh dicas penuh dalam masa hanya 10 minit!

Bahagian dalam bateri silikon 3D Enovix
Bateri litium-ion jenis silikon-anod itu juga memiliki daya kekuatan yang tinggi kerana mampu mengekalkan kapasiti sebanyak 93 peratus walaupun selepas dicas lebih 1,000 kali. Bateri ini juga mampu bertahan lama (dengan kesan minimum) kepada bateri walaupun digunakan berbulan lamanya dalam suhu tinggi. Kedua-dua matlamat bateri EV berprestasi tinggi yang ditetapkan oleh US Advanced Battery Consortium (USABC) berjaya dicapai.

Proses pengeluaran bateri Enovix
Menurut USABC, bateri yang boleh mencapai 80 peratus dalam masa hanya 15 minit dan mampu menampung sekurang-kurangnya 1,000 cas boleh digelar sebagai bateri “termaju.”
Baca: [KAJIAN] Pemandu EV & Hibrid Lebih 'Relaks' Dari Pemandu Lain
Dari segi keselamatan, Enovix melengkapkan bateri tersebut dengan teknologi BrakeFlow yang meningkatkan tahap toleransi bateri lithium-ion ini terhadap sebarang penyalahgunaan. Ini bermaksud tahap keselamatan bateri daripada Enovix juga adalah jauh lebih baik daripada bateri EV lain yang pernah dihasilkan.

Namun, Enovix bukanlah satu-satunya syarikat yang melakukan penyelidikan penggunaan silikon sebagai anod bateri EV, ini kerana, USABC turut menyediakan pembiayaan bagi projek yang sama kepada Amprius yang sedang mengkaji penghasilan bateri EV menggunakan anod wayar silikon, dan juga Nanoramic untuk membangunkan bateri EV dengan anod dominan-silikon.

Makmal Enevate pula sedang berusaha untuk menghasilkan anod silikon seperti span. Menggunakan teknologi ini, kereta dapat mencapai jarak sehingga 400 km dengan jangka masa cas hanya lima minit. Enevate kini bekerjasama dengan beberapa pengeluar EV seperti Renault, Nissan dan Mitsubishi.
Baca: Syarikat Ini Tawar Khidmat Tukarkan Kereta Klasik 50-an Kepada EV
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
