Link Copiedcheck_circle
EV

EV Yang Lalu Di Jalan Ini Akan Dicas Secara Automatik, Ini Teknologi Yang Digunakan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Kereta boleh dicas sambil bergerak di jalan raya? Inilah teknologi yang cuba diteroka oleh syarikat pengeluar kereta, Stellantis. Syarikat ini telah menghasilkan sebuah litar yang dilengkapkan dengan sistem Dynamic Wireless Power Transfer atau Pemindahan Kuasa Tanpa Wayar Dinamik (DWPT). 


Apa Itu DWPT?


Stellantis telah menghasilkan sebuah litar ujian yang dinamakan Arena del Futuro yang dilengkapi sistem pengecasan induktif menggunakan teknologi DWPT. Teknologi DWPT ini merujuk kepada sistem gegelung yang diletakkan di bawah lapisan asfalt jalan. Gegelung ini memancarkan medan elektromagnet yang dikesan oleh kenderaan yang memandu di atasnya. Menggunakan sejenis sistem ‘penerima khas,’ medan elektromagnet ini kemudiannya ditukarkan kepada tenaga elektrik.




Dengan cara ini, jalan yang dilalui kereta dapat menyalurkan tenaga kepada motor elektrik, sekaligus mengekalkan kapasiti bateri dan meningkatkan jarak perjalanan kereta. 


Stellantis telah menggunakan sebuah EV, Fiat 500 untuk menguji keberkesanan teknologi ini dan EV tersebut didapati dapat bergerak pada kelajuan purata di lebuh raya tanpa memberi kesan kepada tenaga bateri. Ia turut menunjukkan bahawa tahap kecekapan aliran tenaga daripada asfalt kepada kereta adalah setanding dengan stesen pengecasan pantas.




Stellantis memaklumkan, kejayaan daripada penggunaan litar Arena del Futuro ini adalah kerana penggunaan arus elektrik yang mengalir sehala atau arus terus (DC). Aliran elektrik jenis ini memiliki tiga kelebihan iaitu:


-Mengurangkan kehilangan kuasa semasa pengagihan kuasa.

-Tidak perlu menukarkan DC kepada AC.

-Ia membolehkan penggunaan kabel aluminium yang lebih nipis untuk pengedaran arus. Aluminium merupakan sejenis bahan yang lebih mudah untuk didapati dan dikitar semula, dengan kos separuh daripada tembaga.


Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi DWPT dilihat masih mustahil untuk dilaksanakan kerana membabitkan perubahan infrastruktur secara besar-besaran dengan kos yang tinggi.


Tonton video di bawah untuk melihat bagaimana litar ini berfungsi:



Tag:

ev
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Video

05-07-2023
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
Global

27-03-2023
Global

22-03-2023
Global

16-03-2023
Global

15-03-2023
EV

15-03-2023

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026