Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[FOTO] Ini Dia 'Teksi Udara' Yang Bakal Digunakan AirAsia

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Akhir-akhir ini, eVTOL atau ‘teksi terbang’ menjadi perhatian dunia, dengan negara-negara seperti Singapura dan Jepun mula membuat perancangan yang mendalam bagi mengkomersialkan pengangkutan udara ini di masa akan datang. Negara Malaysia juga nampaknya turut tidak ketinggalan.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, baru-baru ini telah berkongsi beberapa keping foto yang menunjukkan lawatannya ke ibu pejabat Vertical Aerospace, UK.


Dalam perkongsian yang dibuat di Instagramnya itu, Tony dilihat bergambar dengan pengasas syarikat penerbangan elektrik, Stephen Fitzpatrick di hadapan salah sebuah pesawat yang dihasilkan Vertical Aerospace, VX4 eVTOL.



Berdasarkan perancangan, teksi udara elektrik ini bakal menjadi perkhidmatan terbaharu yang akan ditawarkan melalui aplikasi AirAsia SuperApp dan juga AirAsia Ride pada masa akan datang. Caj penggunaan pengangkutan udara ini adalah jauh lebih murah berbanding pesawat komersial.


Baca: Pesawat Satu Tempat Duduk Terkecil Dunia Dapat Lampu Hijau Daripada Negara Jepun


Orang ramai dapat menijmatkan banyak masa untuk ke sesebuah destinasi. Dalam hantaran yang sama, beliau turut mendedahkan jangka masa perjalanan yang diambil oleh eVTOL.




KLIA 2 ke pusat bandar Kuala Lumpur cuma mengambil masa 17 minit. Manakala dari Lapangan Terbang Bangkok ke pusat bandar Bangkok pula memerlukan 11 minit sahaja,” jelas Tony. 




Pada pertengahan Februari lalu, AirAsia telah menandatangani memorandum persefahaman tanpa perjanjian untuk memajak sekurang-kurangnya 100 pesawat VX4 eVTOL daripada syarikat Vertical Aerospace. 


Baca: Syarikat Ini Akan Bangunkan Infrastruktur Teksi Terbang Di Jepun


Video Pengenalan Model VX4



Sumber: Instagram Tony Fernandes

Tag:

eVTOL
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Pertama Kali Dalam Sejarah: Kereta Terbang Diluluskan Kerajaan AS

Pesawat eVTOL Alef Aeronautics iaitu kereta terbang Model A, telah menerima kelulusan undang-undang.

06-07-2023
Berita Auto

Teksi Terbang AirAsia Bakal Jadi Realiti, Kajian Infrastruktur Akan Dijalankan

AirAsia Aviation Group Ltd, telah menandatangani Surat Hasrat dengan syarikat pemaju mobiliti udara termaju (AMM), Skysports Infrastructure.

28-07-2022
Berita Auto

Syarikat Ini Akan Bangunkan Infrastruktur Teksi Terbang Di Jepun

PARK24 akan bekerjasama dengan Skyports, syarikat pembangunan infrastruktur dari UK untuk membina vertriport.

12-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026