Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ibu Bapa Tinggalkan Mayat Anak Selepas Kemalangan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Layak digelar ibu bapa durjana apabila sepasang suami isteri sanggup meninggalkan mayat anak mereka selepas terbabit dalam satu kemalangan semalam.

Kejadian tragis itu berlaku di Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas, Tampin, Negeri sembilan.

Kemalangan berlaku apabila bapa kanak-kanak yang memandu Proton Iswara Aeroback cuba memotong sebuah lori namun gagal.


Gara-gara gagal mengawal kenderaan itu, ia terbabas ke kanan jalan.Kenderaan tersebut telah berpusing beberapa kali sebelum bergesel dengan sebuah lori. 

Akibat rempuhan kuat, isteri dan anaknya tercampak keluar.

“Kanak-kanak berusia dua tahun yang tercampak di tengah-tengah jalan raya telah digilis oleh sebuah kenderaan.

“Ekoran kemalangan ngeri berkenaan, pasangan suami isteri itu melarikan diri dengan menaiki kereta seorang pengguna jalan yang membantu mereka,"kata Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu telah berjaya ditahan di rumah mereka di Felda Bukit Jalor.

Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan telah menemui dadah.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto