Link Copiedcheck_circle
EV

Jokowi Pelawa Tesla Untuk Melabur Dalam Sektor EV Secara Menyeluruh

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengemukakan idea agar Tesla terlibat dalam industri kenderaan elektrik secara menyeluruh.


“Kami telah mengadakan banyak perbincangan, tentang bagaimana Tesla boleh membina industri syarikat daripada awal hingga ke penghujung, secara menyeluruh bermula daripada industri peleburan [logam] kemudian pembinaan katod dan precursor, penghasilan bateri EV, bateri litium [dan] seterusnya pengilangan kenderaan. Semuanya di Indonesia, kerana ia efisien. Itulah yang saya tawarkan,” ujarnya.


Baca: Trending: Tiada Lagi WFH, Elon Musk Mahu Semua Pekerjanya Kembali Ke Pejabat


Menurut Jokowi, Elon Musk telah menghantar beberapa individu daripada Tesla ke Indonesia enam minggu lalu “bagi melakukan pemeriksaan tentang potensi nikel dan aspek alam sekitar, namun pasukan yang bertanggungjawab dalam hal kereta masih belum tiba.”




Sebelum ini, pengasas Tesla dan SpaceX itu pernah meluahkan keinginan untuk menceburi industri pelombongan. Awal tahun ini juga Musk pernah memberi komen mengenai kenaikan harga litium dan mendedahkan Tesla berkemungkinan akan melakukan perlombongan litium sendiri sekiranya kos bahan mentah utama yang diperlukan oleh kenderaan elektrik ini kekal tinggi. 




Selain cadangan penglibatan industri secara menyeluruh, kerajaan Indonesia turut menyarankan Tesla untuk mendirikan kilang di negara ini. Kilang tersebut akan dikuasakan oleh sumber yang boleh diperbaharui. 


Baca: Indonesia 'Goda' Tesla Dengan Kemampuan Tenaga Hijau

Sumber: CNBC, The Edge Markets

Tag:

Tesla
ev
Elon Musk
Indonesia
Jokowi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
EV

Tesla Model 3+ Diperkenalkan Di China – Lebih Jauh, Lebih Berkuasa

Tesla memperkenalkan varian baharu bagi Model 3 di China yang dinamakan Tesla Model 3+.

13-08-2025
EV

Tesla Di Ambang Kejatuhan? VW Group Kini Kuasai Pasaran EV Eropah

Tesla terus mengalami kemerosotan yang ketara di pasaran Eropah apabila Volkswagen Group (VW Group) berjaya mengatasi jenama EV Amerika itu dengan margin yang besar.

10-07-2025
EV

Tesla Model Y Tanpa Pemandu Telah Diuji – Tiada Insiden, Penghantaran Mula Jun

Tesla kini menguji kenderaan Model Y tanpa pemandu sepenuhnya di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang pelancaran perkhidmatan robotaxi.

30-05-2025
EV

Model Y Juniper 2025: Baru Dilancar Tapi Pra-Tempahan Sudah Cecah 200,000 Unit

Walaupun Tesla berdepan dengan seruan boikot, itu tidak menghalang rakyat China daripada terus menempah Model Y Juniper 2025.

11-03-2025
EV

Tesla Supercharger Kini Di The Gardens Mall – Hanya RM1.13/kWj

Tesla terus mengukuhkan rangkaian pengecasan elektriknya di Malaysia dengan pelancaran stesen Supercharger terbaru di The Gardens Mall.

25-02-2025
EV

Tesla Hadapi Kemungkinan Diboikot Di Malaysia? Ini Puncanya...

Tesla kini berdepan dengan kemungkinan untuk diboikot di Malaysia.

21-02-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026