Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mujur, Kanak-Kanak Itu Selamat

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila bayi yang ditinggalkan di dalam kereta, terkunci menyebabkan bayi itu terperangkap hampir 30 minit di dalam kenderaan.

Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah kedai runcit di Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka kelmarin.

Difahamkan, ibu mangsa keluar sebentar untuk membeli barang di kedai dan meninggalkan anaknya yang berusia dua tahun  di dalam kenderaan jenis Proton Persona.


GAMBAR EHSAN: MELAKA EXPLORER

Cuma berada di luar dalam beberapa minit, wanita itu tidak sangka anaknya mengunci kereta dari dalam. Lebih panik, bayi itu tidak tahu bagaimana untuk membuka kunci pintu kereta itu.

Mana tidaknya, nama pun bayi!


GAMBAR EHSAN: MELAKA EXPLORER

Setelah cuba beberapa kali membuka pintu keretanya namun gagal menyebabkan wanita berkenaan terpaksa menghubungi pasukan bomba.

Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta itu. Mujur, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan atau sesak nafas.


GAMBAR EHSAN: MELAKA EXPLORER

Anak terkunci dalam kereta, kenapa anda perlu bimbang?

Ingat,  tubuh kanak-kanak mudah cepat panas berbanding orang dewasa 

Bayangkan dalam 10 minit, suhu kereta akan naik 20 darjah Celsius. Strok haba berlaku jika badan tidak dapat suhu dingin.

Suhu haba berlaku apabila suhu badan mencecah 104 darjah Celsius manakala pada suhu 107 darjah Celsius, sel badan akan rosak sekali gus menyebabkan kecederaan dalaman, sukar bernafas dan akhirnya kematian.

Pendek kata, jangan sesekali tinggalkan anak kecil berseorangan dalam kenderaan.


Tag:

Proton Persona
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

06-03-2024
Berita Auto

21-02-2024
Berita Auto

17-04-2023
Berita Auto

03-03-2023
Berita Auto

03-02-2023
Berita Auto
Jualan Proton Kekal Meningkat 3 Bulan Berturut-Turut

Jualan Proton Kekal Meningkat 3 Bulan Berturut-Turut

PROTON telah mengeluarkan laporan jualan bagi bulan April yang menunjukkan peningkatan jualan selama tiga bulan berturut-turut.

04-05-2021
Berita Auto

04-02-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026