Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Piala Asia Michelin, Johan Pertandingan Berpeluang Ke Abu Dhabi

Suhana Veru

Kongsi melalui

Adakah anda gemarkan bermain permainan video lumba kereta?

Jika ya, ada berita gembira buat anda! Sekiranya, anda pro dalam video lumba kereta, apa kata anda mewakili Malaysia untuk pertandingan Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo.

Kali ini, acara berkenaan akan menyaksikan para gamer Malaysia bertarung dengan peserta dari Thailand, Indonesia,  dan  Australia.

Hadiah menarik menanti anda!

Hadiah  Utama  - pakej  perjalanan  yang  ditanggung  sepenuhnya oleh Michelin. Ia bakal memberi peluang kepada johan pertandingan ini untuk meneroka dunia Michelin dalam kegiatan sukan permotoran dan mobiliti di Michelin Passion Experience (MPE).


Ia akan diadakan di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu.

Naib johan pula – Membawa pulang satu  set  tayar Michelin.


Tempat ketiga -   Dihadiahkan kad bahan api bernilai lebih daripada RM1,500. 

Malah, setiap seorang daripada 500 peserta berdaftar yang pertama di Malaysia akan dihadiahkan barangan Michelin yang eksklusif.

Pendaftaran bagi pusingan kelayakan akan dibukamulai hari ini sehingga 8 Julai 2022.

Untuk makluman anda, Piala  Asia Michelin Dikuasakan  oleh  Gran  Turismo merupakan  sebuah  pertandingan  e-lumba yang  akan  menggunakan  platform  ‘Gran  Turismo’  di  PlayStation  4  dalam  mod  Sport.

Para peserta dikehendaki untuk menghantar catatan masa terbaik mereka bagi Pusingan Kelayakan dari 11 hingga 15 Julai 2022.


Enam peserta dengan catatan masa terbaik akan diumumkan pada tarikh 20 Julai 2022 untuk mewakili Malaysia dalam pusingan Separuh Akhir dan kemudiannya berlumba dengan enam wakil peserta terbaik dari tiga lagi negara lain yang mengambil bahagian.

Seramai 24 peserta dalam Pusingan Separuh Akhir (enam pemain dari setiap negara: Thailand, Malaysia, Indonesia, dan Australia) akan dibahagikan kepada dua kumpulan, setiap satu akan terdiri daripada 12 pemain.

Enam pemain terpantas dalam setiap kumpulan akan mara ke Pusingan Akhir, yang akan disiarkan secara langsung pada 26 Ogos 2022 bermula jam 8 malam (Malaysia), melalui akaun Facebook rasmi Michelin Malaysia termasuk saluran media sosial lain.

Berikut adalah jadual Piala Asia Michelin:


Untuk pendaftaran, layari https://gperacing.com/michelin/mulai hari ini sehingga 8 Julai 2022.

Tag:

MICHELIN
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Hyundai Dan Michelin Tires Bekerjasama Hasilkan Tayar EV Canggih

Hyundai Motor Group telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat Michelin Tires untuk membangunkan tayar.

23-06-2022
Berita Auto

Tayar Michelin Hadir Dengan Teknologi Keselamatan

Michelin melancarkan tayar terbaharunya, MICHELIN Primacy SUV+.

25-05-2022
Berita Auto

Tayar Terbaharu Michelin: Khas Untuk Pikap dan SUV, Ini Kelebihannya...

MICHELIN baru-baru ini telah memperkenalkan tayar MICHELIN LTX Trail untuk pasaran Malaysia

06-10-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto