- Berita
- Kereta Baru
- Proton X70 MC 2022 - Harga Bermula 94K-RM122K
Proton akhirnya melancarkan SUV yang paling ditunggu-tunggu ramai, Proton X70 MC 2022 ke pasaran tempatan.
Untuk makluman anda, MC bermaksud Minor Change. SUV segmen-C berkenaan dilancarkan secara siaran langsung menerusi laman sosial Facebook Proton tadi.
Jika sekilas pandang, bahagian hadapan dan belakang X70 MC ini hampir serupa seperti model yang sudah sedia ada.
Antara perubahan yang dilakukan kepada X70 2022 ini adalah menggunakan, 1.5 liter turbocas tiga-silinder suntikan terus TGDi.
Oleh itu, ia mampu menghamburkan kuasa 177PS@ 255Nm.
Malah, ia juga didatangkan dengan enjin 1.8 liter, namun ia cuma ditawarkan untuk varian yang paling mahal. Enjin ini menghasilkan daya kuasa 184 PS pada 5,500 rpm dan 300 Nm tork antara 1,750 dan 4,000 rpm.
Transmisi pula masih menggunakan unit automatik klac basah tujuh kelajuan.
Luaran
- Palang gril Infinite Weave
- Gelung sudut pada bampar depan
- Penyudah hitam berkilat di nombor plat, skid plate
- Spoiler depan dan ruang inlet udaranya diberikan warna perak kesat
- Cermin sisi pula dalam warna Quartz Black; kedua-duanya dibawa dari versi SE tahun lalu
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/