- Berita
- EV
- Syarikat EV Baharu, Aehra, Bakal Lancarkan EV Bergaya Lamborghini, Capai Jarak 800KM!
Syarikat EV Baharu, Aehra, Bakal Lancarkan EV Bergaya Lamborghini, Capai Jarak 800KM!
Logo syarikat Aehra
Persaingan dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) nampaknya semakin sengit. Baru-baru ini, sebuah syarikat baharu Aehra, yang berpangkalan di Milan mengumumkan akan melancarkan beberapa model sebagai pesaing kepada kereta-kereta keluaran jenama terkenal lain seperti Tesla dan Porsche.
Syarikat ini tampil dengan misi untuk menggabungkan “reka bentuk Itali, kejuruteran dan servis pelanggan AS yang berkelas dunia.”
Model Kereta
Buat masa ini, Aehra merancang untuk mengeluarkan sebanyak tiga buah model iaitu sebuah SUV elektrik yang bakal didedahkan pada bulan Oktober tahun ini, sebuah salun pada bulan Februari tahun depan dan sebuah kereta sport 2+2 pada tarikh yang masih belum diumumkan lagi. Penghantaran bagi model SUV dan salun tersebut akan dibuat pada tahun 2025 nanti.
Spesifikasi
Ketua pereka Aehra, Filippo Perini, hasilkan kereta konsep Urus semasa bersama Lamborghini
SUV yang bakal dikeluarkan nanti akan menjadi pesaing kepada model-model SUV elektrik penuh versi premium seperti Audi e-tron, Tesla Model X dan BMW iX. Menurut Aehra, SUV tersebut akan hadir dengan ciri seperti “teknologi platform bateri canggih, dengan sasaran jarak perjalanan sekurang-kurangnya 800 km serta prestasi yang mengagumkan.”
Dari segi saiz kereta, ia mampu memuatkan “empat orang pemain NBA, dengan baki ruang untuk seorang dewasa berketinggian enam kaki di tengah tempat duduk belakang.”
Pasaran
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Aehra, Hazim Nada
Dalam sebuah temu bual eksklusif bersama Auto Express, pengasas bersama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Aehra, Hazim Nada berkata, “UK akan menjadi pasaran penting kami. Kami akan bermula dengan pasaran Amerika Utara, Eropah dan UK. Peringkat kedua akan didedikasikan untuk negara-negara timur tengah dan China.”
Harga
Berdasarkan perancangan, Aehra akan meletakkan harga dalam lingkungan antara $160,000 - $180,000 (RM 703,957.40 - MYR 791,952.08), sebaris dengan model-model premium lain seperti Porsche Taycan, Lucid Air dan Mercedes EQS.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv