Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Teka 190 Logo Jenama Kenderaan Hanya Dalam 5 Minit

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bayangkan pada usia tiga tahun, kanak-kanak bernama L.Raguram sudah mengetahui nama bunga kebangsaan hampir semua negara.

Ibunya, P.Ranganayaki Devi,34, berkata, dia dan suaminya mula menyedari anak mereka memiliki kemampuan luar biasa ketika berusia empat tahun.

Sewaktu itu, anaknya sudah mampu mengenal pasti bunga kebangsaan di setiap negara.


“Ketika itu, kami menyedari dia mempunyai memori yang cukup baik," katanya.

Kanak-kanak itu yang kini berusia enam tahun dikatakan telah mencipta nama di Malaysia Book of Records (MBR) berjaya mengenal pasti hampir semua logo kenderaan di seluruh dunia.

Sungguh menakjubkan!


Mana tidaknya, baru berusia enam tahun sudah tahu logo kenderaan.

Dikhabarkan, kanak-kanak itu berjaya  mengenal pasti sebanyak 190 logo kereta dalam masa lima minit menyebabkan dia diiktiraf di MBR.

"Dia mampu mengenal pasti lebih 200 logo kenderaan tetapi di dalam pertandingan ini, dia cuma berjaya mengenal pasti 190 logo kenderaan dalam tempoh lima minit,” ujar ibunya kepada akhbar The Star.

Raguram yang kini bersekolah di sekolah antarabangsa di Johor Bahru juga fasih dalam Bahasa Mandarin selain mampu mengenal pasti pelbagai spesies serangga dan haiwan lain.

Menurut ibunya, anaknya itu sama seperti kanak-kanak seusia dengannya.

Dia gemar menonton video robot  rancangan ulasan mengenai permainan termasuk kartun. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto