- Berita
- Global
- Tiada Lagi Kereta Guna Bahan Api 2035 Nanti, Eropah Lulus Pengharaman Kereta Petrol, Diesel
Tiada Lagi Kereta Guna Bahan Api 2035 Nanti, Eropah Lulus Pengharaman Kereta Petrol, Diesel

Negara-negara Eropah bakal bebas daripada kenderaan yang melepaskan karbon dioksida menjelang 2035. Penggubal undang-undang Eropah secara majoritinya telah menyokong pengharaman kenderaan yang menggunakan minyak diesel dan petrol secara menyeluruh ke arah masa depan yang lebih hijau.
Pengharaman itu dipersetujui dengan sokongan sebanyak 339 undi berbanding 249 undian yang tidak menyokong, sementara 24 ahli parlimen lagi tidak mengundi.

Dengan kelulusan undang-undang ini, Kesatuan Eropah (EU) kini sudah semakin hampir berjaya merealisasikan misi untuk menghentikan emisi karbon secara total daripada kenderaan penumpang dan komersial menjelang 2035. Eropah turut menyokong pengurangan emisi sebanyak 50 peratus daripada van dan 55 peratus daripada kereta menjelang 2030.

Ahli Parlimen Belanda, Jan Huitema, yang juga merupakan salah seorang ahli Renew Europe Group, berpuas hati dengan keputusan undian ini, “Saya gembira kerana Parlimen Eropah telah menyokong matlamat besar ini iaitu untuk mencapai sasaran tahun 2030 dan juga sasaran (bebas karbon) 100 peratus pada tahun 2035, (usaha) yang penting untuk mencapai neutraliti iklim menjelang 2050,” katanya.
Dengan pengharaman kenderaan yang menggunakan bahan api, Ketua Perunding Parlimen Eropah, Jan Huitema, berkata, "Membeli dan memandu kereta sifar pelepasan akan menjadi lebih murah untuk pengguna.”
Baca: Kereta Hibrid Lamborghini Akan Guna E-Bahan Api Selepas Tahun 2030?
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

