Link Copiedcheck_circle
Global

Wartawan Gigil Pandu Phantom Series II, Sebab Mewah Sangat, Fuh Lain Macam Review

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sekumpulan wartawan dari seluruh dunia buat julung kalinya berpeluang menikmati pemanduan jentera mewah, Rolls-Royce Phantom Series II baru-baru ini.


Pemanduan yang dikenali sebagai “Phantom Rendezvous” itu diadakan di yang diadakan French Riviera, Perancis.

Kemunculan Phantom Series II, telah diumumkan secara rasmi pada pertengahan Mei lalu.


Oleh itu, para wartawan dari seluruh pelusuk dunia dijemput untuk menikmati pemanduan jentera mewah itu.

Rata-rata wartawan meluahkan keterujaan memandu kenderaan mewah itu yang dikatakan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.


"Seluruh badan saya menggeletar sebaik memegang sterengnya. Ini adalah peluang yang sangat jarang diperoleh. Saya tidak sangka dapat menikmati kepuasan pemanduan yang dicipta untuk golongan kelas tertinggi,'' kata seorang wartawan. 


Rolls Royce memang diakui mempunyai prestij dan kemewahan yang sejak sekian lama meletakkan kenderaan itu sebagai kenderaan paling sinonim dengan individu-individu terkaya di dunia.


Ia bukan sekadar kereta. Rolls Royce adalah lambang keunggulan sebuah kenderaan yang dipenuhi nilai-nilai eksklusif, muktamad tanpa ada pesaing.



Berikut perincian Phantom Series II:

Dipadankan dengan turbo kembar 6.75 liter, V12

563 hp @ 664Nm

Siri Phantom II: NEDC digabungkan

Pelepasan CO2: 345 g/km

Penggunaan bahan api: 18.7 mpg / 15.1 l/100km

Gabungan WLTP: Pelepasan CO2: 351-362 g/km; 

Penggunaan bahan api: 17.7-18.2 mpg / 15.5-16.0 l/100km

Selain pemanduan Phantom Series II, para wartawan juga dapat melihat Phantom Platino dan The Great British Phantom. 

Dua Bespoke Phantom yang mengagumkan itu dipamerkan di halaman hotel Maybourne Riviera.


Phantom Platino dikatakan cukup menyerlah apatah lagi, tempat duduk hadapannya dihias dengan material kulit halus, berkualiti manakala bahagian belakang dilapisi fabrik mewah.


The Great British Phantom, pula dilihat lebih bersifat patriotik memandangkan ia dihiasi dengan warna luaran Magma Red, sama seperti bendera Perancis.


Ia didatangkan dengan roda baharu, warna luaran Magma Red, aksen krom gelap pada gril, bonet, sekeliling tingkap, pintu belakang dan paip ekzos turut ditambah sebagai pilihan atas permintaan ramai.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026