Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Banjir Kilat Di Baling, Anggaran Kerosakan Kenderaan Masih Belum Didedahkan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tragedi kepala air yang berlaku di Kampung Iboi, Kupang, Baling disifatkan sebagai antara bencana terburuk di negeri berkenaan kerana turut meragut nyawa penduduk.

Setakat ini, kejadian itu telah mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang wanita hamil empat bulan manakala, 1,500 penduduk terjejas serta puluhan kediaman rosak.

Tidak terkecuali, sejumlah kenderaan turut musnah, dipenuhi selut dan ada kenderaan yang telah dihanyutkan dengan air banjir .


FOTO KREDIT: BERNAMA 

Tidak terkecuali, ada kenderaan yang kemek teruk akibat dihempap kayu balak.

Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu menyebabkan penduduk cuma sempat menyelamatkan nyawa.

Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa masih belum mendedahkan anggaran kerosakan kenderaan di kawasan terbabit.


FOTO KREDIT: BERNAMA 

Setakat ini, tiada mana-mana pengeluar kereta yang bersedia memberikan bantuan dari segi perkhidmatan tunda atau diskaun baik pulih kenderaan rosak akibat banjir di negeri itu.

Sebelum ini, beberapa syarikat seperti Perodua, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), BMW Group Malaysia dan UMW Toyota Motor pernah menawarkan bantuan kepada pemilik kenderaan yang terkesan akibat bencana banjir di Lembah Klang pada tahun lalu.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026