- Berita
- Berita Auto
- Perodua Yakin Mampu Capai Tempahan Lebih 200K Menjelang 31 Mac 2023
Perodua Yakin Mampu Capai Tempahan Lebih 200K Menjelang 31 Mac 2023

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) berjaya menjual sebanyak 127,343 unit kereta untuk enam bulan pertama tahun ini atau 30 peratus lebih tinggi berbanding 97,290 unit yang dicapai antara Januari hingga Jun tahun lalu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata, lonjakan jualan luar biasa ini disebabkan pengecualian cukai jualan yang berakhir pada 30 Jun 2022.

"Tempahan kenderaan secara tergesa-gesa dilihat ketara terutama sekali apabila kerajaan melanjutkan tempoh pendaftaran kepada 31 Mac 2023 dan kami amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memilih PERODUA sebagai jenama pilihan mereka.
"Mengenai pengecualian SST pada hari terakhir inisiatif ini, PERODUA menyaksikan tempahan harian tertinggi pada 30 Jun 2022 dengan 25,100 tempahan kenderaan telah diambil.
"Ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia bukti potensi pertumbuhan industri automotif Malaysia dengan pemberian insentif yang betul," katanya pada sidang media dalam Majlis Perjumpaan bersama Media di Rawang.
"Selain daripada inisiatif pengecualian cukai jualan yang berakhir pada 30 Jun 2022, faktor utama lain yang menyumbang kepada prestasi ini ialah pendaftaran kenderaan yang rendah pada Jun tahun lalu disebabkan sekatan pergerakan kali kedua dalam mengurangkan kes jangkitan COVID-19.
"Sebagai perbandingan, untuk Jun 2021, PERODUA hanya mencatatkan 1,009 unit, manakala pada Jun 2022, kami menjual 21,164 unit," katanya.
Prestasi jualan PERODUA meningkat 10.7 peratus berbanding bulan Mei 2022, dengan jumlah pendaftaran sebanyak 18,901 unit kereta.
Di samping tarikh akhir pengecualian cukai pada 30 Jun lalu, peningkatan jualan juga berlaku disebabkan oleh bekalan alat ganti yang lebih baik berbanding bulan Mei.

Namun, masalah tenaga kerja mahir dan kekurangan alat ganti, masih berterusan dan berharap agar orang ramai boleh memahami situasi yang dihadapi syarikat.
"Kami berharap isu tenaga kerja ini dapat diselesaikan dengan segera kerana impaknya kepada industri dan kepada negara secara amnya," katanya.
Walau isu ini masih berlanjutan sehingga kini, PERODUA menetapkan sasaran jualan sebanyak 247,800 unit bagi keseluruhan tahun ini dan kekal optimis bahawa tempahan bakal mencecah lebih 200,000 unit menjelang 31 Mac 2023 bagi
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

