Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[FOTO] Lelaki Maut Tercampak Keluar Dari Kereta Yang Terbabas & Terbakar

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan di kilometer 303.4 Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban.


Dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengahari semalam (Rabu), pemandu kereta tersebut dipercayai tercampak keluar dan keretanya pula terbakar.




Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihak polis menerima maklumat berkenaan kemalangan tersebut pada pukul 1.30 petang.


"Siasatan awal mendapati mangsa berusia 30-an itu memandu sebuah kereta dari rumahnya di Taman Overseas Union, Kuala Lumpur menghala ke rumah rakannya di Seremban.


"Mangsa dipercayai telah gagal mengawal kenderaannya sehingga terbabas melanggar besi pembahagi jalan di sebelah kiri jalan dan kereta tersebut terbakar.




"Akibat daripada kemalangan itu, mangsa tercampak di atas jalan menyebabkannya cedera parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Mohd Zaid berkata, punca sebenar kemalangan sama ada terdapat kecuaian daripada pemandu atau sebaliknya masih disiasat.


"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang

Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.

20-07-2026
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026