Link Copiedcheck_circle
EV

Hyundai Motor Bakal Bina Kilang EV Pertama Di Korea Selatan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Hyundai Motor Co mengumumkan pada Selasa lalu bahawa ia akan membangunkan sebuah kilang khas bagi pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di Korea Selatan yang bakal menjadi kilang pertama dibuka syarikat di negara berkenaan selepas hampir tiga dekad. Pengeluaran kereta akan dimulakan di kilang ini pada tahun 2025.


Namun Hyundai Motor tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perancangan ini.




Pada Mei lalu, Hyundai Motor Group pernah mendedahkan pelaburan sebanyak 63 trilion won (RM 220.73 bilion) di Korea Selatan untuk meningkatkan daya saing syarikat dalam pelbagai bidang perniagaan termasuklah elektrifikasi, robotik dan mobiliti udara urban, serta teknologi pemanduan autonomi.


Kali terakhir syarikat pengeluar kereta yang berpangkalan di Korea Selatan ini mendirikan kilang automotif di negara tersebut ialah pada tahun 1996.


Kilang Hyundai di Korea Selatan


Dalam perkembangan lain, syarikat turut mengumumkan pelaburan sebanyak USD5.5 bilion (RM24.35 bilion) bagi pembangunan kilang EV dan bateri di Georgia, Amerika Syarikat.


Pemecahan tanah bagi memulakan pembinaan fasiliti Georgia ini akan diadakan pada awal tahun 2023 dengan pengeluaran komersial yang dirancang akan bermula pada separuh pertama tahun 2025.




Penganalisis Hyundai Motor Securities, Chang Moon-su berkata, "Jualan kenderaan enjin pembakaran dalaman dijadualkan akan diharamkan di beberapa pasaran, oleh itu, kilang EV baharu ini penting untuk kemandirian Hyundai Motor."


Sumber: Reuters


Baca: Hyundai Dan Michelin Tires Bekerjasama Hasilkan Tayar EV Canggih

Gallery

Tag:

ev
Hyundai Motor Group
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"

21-05-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

PERODUA Bakal Terajui EV Murah

PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.

18-01-2024
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).

22-05-2023
EV

Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?

Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand

19-05-2023
Berita Auto

Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow

Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.

04-05-2023

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026