Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jangan Guna Kereta Sewa Haram

Suhana Veru

Kongsi melalui

Ulat kereta sewa haram sudah lama menjajah di sekitar kawasan  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) namun pihak berkuasa tidak pernah ‘tutup mata’.

Terbaharu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor berjaya menyita tiga kenderaan yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen.


Antara kenderaan yang ialah Perodua Kancil, Perodua Alza dan Toyota Innova.

Hasil siasatan mendapati rata-rata daripada mereka mengenakan tambang dari RM100 hingga RM300 dari KLIA ke Kuala Lumpur, Mentakab, Pahang dan Batu Pahat, Johor.

Sasaran mereka adalah warga tempatan termasuk pelancong asing.

“Orang awam dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di KLIA atau KLIA2 atau pun membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing,” kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya.

Ingat, sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti ‘ulat’ ini juga boleh dikenakan denda dan hukuman penjara atau kedua-dua sekali.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026