Link Copiedcheck_circle
EV

Kerajaan Sasar Pemasangan 5,000 Pengecas EV Di Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Kerajaan menyasarkan untuk membina 5,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara bagi menampung peningkatan penggunaan kenderaan ini di Malaysia. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata perancangan ini adalah di bawah inisiatif neutral karbon 2050 Malaysia. 

“Setakat ini, terdapat 611 stesen pengecas EV di 366 lokasi di kawasan bandar berpenduduk tinggi seperti Johor Baru, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Foto: The Star

“Stesen pengecas juga dibina di lokasi strategik seperti pusat beli-belah untuk kemudahan pengguna EV,” katanya selepas pelancaran program Campuses for Electric Vehicle Expeditious Roll-Out (Clever) di Stadium Tertutup Educity di sini semalam.

Menurutnya, secara keseluruhannya terdapat 9,364 buah EV digunakan yang terdiri daripada  2,946 motosikal, 6,339 kereta serta 79 bas dan trak.

“Sebagai kementerian yang bertanggungjawab untuk mencapai sasaran neutral karbon, MOSTI akan terus menambah baik dan membangunkan teknologi EV melalui Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE).

“Sebagai tanda sokongan pembangunan industri EV domestik, kerajaan telah mencadangkan untuk memberikan pengecualian penuh ke atas duti import, eksais dan cukai jualan, termasuklah cukai jalan (sehingga 100%) untuk EV,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan ini juga selaras dengan Dasar Automotif Negara 2020 (NAP 2020), Dasar Pengangkutan Negara (NTP) 2019-2030 dan Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.


Berdasarkan bajet 2022, pembeli EV akan menerima insentif pelepasan cukai individu sehingga RM2,500 untuk kos pembelian dan pemasangan, sewaan, sewa beli kemudahan dan bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.

Baca: Syarikat EV Baharu, Aehra, Bakal Lancarkan EV Bergaya Lamborghini, Capai Jarak 800KM!

Menurut beliau, kampus universiti merupakan lokasi yang sesuai untuk menjalankan ujian EV dalam persekitaran terkawal. Oleh itu, Educity Iskandar telah dipilih sebagai lokasi pertama untuk program ini.

Sumber: The Star

Baca: LG Electronics Akan Mengeluarkan Pengecas EV Tahun Ini

Tag:

ev
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

PERODUA Bakal Terajui EV Murah

PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.

18-01-2024
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).

22-05-2023
EV

Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?

Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand

19-05-2023
Berita Auto

Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow

Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.

04-05-2023
EV

Kolaborasi Gentari, EV Connection, Yinson GreenTech Mudahkan Akses 70% Pengecas EV Di Malaysia

Gentari Sdn Bhd (Gentari), EV Connection Sdn Bhd (EVC) dan Yinson GreenTech (YGT) melaksanakan kerjasama tiga hala menerusi anak syarikat, Green EV Charge Sdn Bhd.

17-03-2023
EV

Perkembangan Infrastruktur EV M'sia: 6 Stesen Pengecas Pantas 180 kW EV Shell Recharge Kini Beroperasi Sepanjang PLUS

Infrastruktur pengecasan berprestasi tinggi (HPC) merentas negara yang terpanjang di Asia Tenggara sudah mula beroperasi sepenuhnya.

27-12-2022

Berita Terkini

EV

EV Pertama Perodua: Perodua Sewa Fasiliti Tan Chong Motor Untuk Pasang EV

Perodua berkerjasama dengan Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) untuk memasang kenderaan elektrik pertama mereka di kilang Tan Chong Motor.

16-11-2025
EV

Prasarana Bakal Sediakan 150 Bas Elektrik Pada 2026

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengorak setapak ke hadapan kerana akan bakal menawarkan 150 bas elektrik selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

14-11-2025
EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

Kerajaan Luluskan EMSP: Satu Platform Digital Kawal Semua Pengecasan EV Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengesahkan bahawa kerajaan telah meluluskan penubuhan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti (EMSP)

13-11-2025
EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025