Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Lamborghini Hurácan Tecnica Dilancarkan Di Malaysia, Lebih Hebat Dari Huracan EVO RWD? Harga Dari RM1.05 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui






Pengeluar kereta sport mewah dari Sant'Agata Bolognese, Lamborghini hari ini melancarkan secara rasmi kedatangan Huracán baharu iaitu sebuah jentera yang dinamakan Hurácan Tecnica pada harga RM 1.05 juta, sebelum aksesori, duti, cukai dan kos atas jalan. Model ini dibangunkan supaya berkebolehan untuk memberikan prestasi hebat di atas jalan raya mahupun di litar lumba. 


PRESTASI LAMBORGHINI HURACÁN TECNICA




Lamborghini Hurácan Tecnica dikuasakan oleh enjin 5.2-liter V10 dengan output kuasa 631 hp dan 565 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi  klac berkembar tujuh kelajuan.  Ia boleh melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa sepantas 3.2 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 325 km/j. Pencapaian masa ini adalah lebih baik berbanding Huracan EVO RWD yang mencatatkan masa 3.3 saat. 


Tampil dengan sistem Lamborghini Dinamica Veicolo Integrata (LDVI) yang memberikan fleksibiliti kepada pemandu untuk mengubah beberapa tetapan kereta seperti kawalan cengkaman, pemvektoran tork dan sistem stereng gandar belakang. 


Ia turut hadir dengan pilihan mod pemanduan Strada, Sport dan Corsa. Bagi kegunaan biasa, mod yang sesuai digunakan ialah Strada yang juga dalam bahasa Itali membawa maksud ‘jalan.’ Dalam mod ini, enjin dan transmisi kereta berada pada tahap sederhana untuk memudahkan kawalan. 


Mod Sport boleh digunakan bagi meningkatkan tahap gelinciran Performance Traction Control System (P-TCS) yang mendorong oversteer dari stereng roda belakang atau rear-wheel steering). Dalam mod ini juga, trenkuasa menjadi lebih responsif bagi memaksimumkan keseronokan pemanduan. Mod terakhir, Corsa, memaksimumkan kesemua tetapan kereta pada tahap tertinggi untuk kuasa terhebat di litar. 


BAHAGIAN LUAR LAMBORGHINI HURACÁN TECNICA




Bahagian luar Hurácan Tecnica diberikan perhatian mendalam oleh pereka-pereka Lamborghini agar jentera dapat merealisasikan kehebatan sebenar jentera. Ini dicapai dengan penggunaan tirai udara baharu dan splitter yang berfungsi untuk menghalakan udara ke arah roda sekaligus meningkatkan daya kestabilan atau downforce dan bagi membantu penyejukan kereta. Pada bahagian tayar, jentera menggunakan rim Damiso bersaiz 20 inci yang diilhamkan daripada Vision GT.




Bergerak ke sudut belakang, Lamborghini menggunakan hud gentian karbon sebagai pelindung enjin. Terdapat juga spoiler kekal untuk meningkatkan daya kestabilan (downforce) sehingga 35 peratus lebih tinggi berbanding Huracan EVO RWD. 




Dalam masa yang sama, model kali ini turut tampil dengan beberapa ciri baharu seperti motif Y yang dapat dilihat pada bampar jentera iaitu di bawah unit lampu hadapan. Cermin sisi kereta juga direka semula untuk menyamai gaya Essenza SCV12.


Dihasilkan menggunakan bahan ringan, Hurácan Tecnica  hanyalah berkeberatan sekitar ​​1,379 kg, lebih ringan daripada Huracan EVO RWD (1,389 kg) dan model STO (1,339 kg).



“Reka bentuk Huracán Tecnica adalah mengenai kecekapan, prestasi dan kejuruteraan ringan.” – Lamborghini


BAHAGIAN DALAM LAMBORGHINI HURACÁN TECNICA


Ruang kokpit Lamborghini Hurácan Tecnica juga diberikan perincian mendalam dengan penggunaan material berkualiti tinggi pada segenap ruang kereta. Untuk keselesaan pemandu pula, ketinggian tempat duduk kereta boleh dilaraskan.


Pada bahagian tengah, terdapat sistem infotainmen yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay, Android Auto dan Amazon Alexa. Perisian kereta boleh dikemaskini secara OTA atau over-the-air.

CIRI KESELAMATAN LAMBORGHINI HURACÁN TECNICA

Lamborghini Hurácan Tecnica dilengkapkan dengan ciri keselamatan amaran geobatas atau geofencing, amaran kelajuan, amaran curfew dan amaran valet. Turut disediakan ialah ciri Car Finder dan laporan status kenderaan. 

HARGA LAMBORGHINI HURACÁN TECNICA

Lamborghini Hurácan Tecnica ditawarkan pada harga bermula daripada RM 1.05 juta, sebelum aksesori, duti, cukai dan kos atas jalan.


Baca: 
LOM Cipta Rekod Baharu MBR, Kumpul 112 Lamborghini

Tag:

lamborghini
Lamborghini Huracán
Lamborghini Huracan Tecnica
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pandu Melulu, Kereta Kena Sita

Polis mengesahkan sudah mengambil keterangan lima pemandu Lamborghini yang memandu secara melulu.

31-07-2023
Global

Angkara Pandu Laju, Pemilik "Putih Mata" Lamborghini Aventador Baru Beli Remuk Teruk

Lamborghini yang baru dibeli terlibat dalam kemalangan.

10-11-2022
Berita Auto

LOM Cipta Rekod Baharu MBR, Kumpul 112 Lamborghini

Pemilik Lamborghini Malaysia (LOM) berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Malaysian Book of Records dengan mengumpulkan sebanyak 112 kenderaan Lamborghini baru-baru ini.

13-06-2022
Berita Auto

Kereta Hibrid Lamborghini Akan Guna E-Bahan Api Selepas Tahun 2030?

Lamborghini rancang untuk menghasilkan dua kereta supersport jenis hibrid yang dikuasakan oleh e-bahan api

02-06-2022
Berita Auto

Lamborghini Urus- Super SUV Paling Dikehendaki Pada 2021

SUV itu adalah antara model paling laris dalam sejarah syarikat mewah itu.

11-02-2022
Berita Auto

Lamborghini Hilang Kawalan, Turut Rempuh Beberapa Kenderaan Lain.

Kejadian berlaku di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang semalam.

09-09-2021
Berita Auto

Lamborghini Huracan Diangkat Dengan Menggunakan Kren Sempena Pelancaran Supercar VIP Lounge!

Orang ramai kelihatan teruja selepas menyaksikan sebuah kren mengangkat sebuah Lamborghini Huracan sehingga tingkat tiga sebuah kompleks hiburan, The Hive di Skegness, London.

29-06-2021
Berita Auto

Pusat Vaksin Itu Dibuka Di Sant’Agata Bolognese, Itali

Automobili Lamborghini yang prihatin dengan pekerjanya membuat keputusan luar biasa apabila ia melancarkan pusat vaksin untuk pekerjanya buat julung kalinya kelmarin.

25-06-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

Haval H6 HEV Kini Lebih Sporty Dengan Kabin Phantom Black

GWM Haval H6 HEV kini tampil lebih sporty dan elegan dengan tawaran kemasan dalaman baharu, Phantom Black.

01-08-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Proton X50 Facelift 2025 Dilancar: Harga Bermula Serendah RM86K? Biar Betul?

Proton melancarkan secara rasminya, Proton X50 Facelift 2025 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

24-07-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga 𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.

21-07-2025