Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ford Ranger 2022 Generasi Baharu Dilancarkan, Harga Mula Dari RM108K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Ford Motor Company dan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini telah melancarkan Ranger generasi baharu yang terdiri daripada tujuh varian iaitu dua varian XL, dua varian XLT, satu varian XLT Plus dan satu WildTrak. Sementara itu, versi berprestasi tinggi, Ranger Raptor pula akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Harga jualannya bermula daripada RM108,888. Model yang dilancarkan ini diimport (CBU) dari Thailand. 


Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion-Ford, Turse Zuhair pula berkata, “Corak penggunaan trak pikap lebih daripada sekadar untuk tujuan kerja telah berkembang di Malaysia.


“Mereka sebelumnya lebih memilih menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV), tetapi kini semakin cenderung terhadap Ranger, terutama WildTrak, disebabkan kebolehannya untuk tujuan kerja, teknologi terbaru dan ruang dalaman yang premium.


"Kami yakin Ranger generasi baharu akan memenuhi keperluan dan kemahuan khalayak yang lebih luas sebagai kenderaan serba boleh untuk kerja, keluarga dan riadah," katanya.


PRESTASI FORD RANGER 2022 GENERASI BAHARU




Bagi pasaran Malaysia, kesemua varian Ranger 2022 selain XLT Plus dan WildTrak dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.0L dengan output 178hp/405Nm. Kuasa disalurkan kepada roda dengan transmisi automatik enam kelajuan atau manual enam kelajuan. 


Sementara itu, varian XLT Plus dan WildTrak pula dikuasakan oleh enjin bi-turbodiesel  2.0L yang mencapai output maksimum 207hp/500Nm. Kuasa disalurkan oleh transmisi automatik 10 kelajuan. 


BAHAGIAN LUAR FORD RANGER 2022 GENERASI BAHARU




Rekaan Ranger baharu telah diberikan perubahan yang signifikan. Ia kini menggunakan gril reka bentuk baharu, lampu depan berbentuk C yang merupakan gaya eksklusif model ini, dengan garis pintu yang halus serta lengkung tayar yang lebih ketara, kesemua elemen ini memberikan Ranger imej yang gagah. 




Buat pertama kali, lampu depan LED matriks digunakan pada varian XLT Plus dan WildTrak yang turut dilengkapi fungsi lampu tinggi automatik. Sentuhan menarik tidak hanya terhenti di sini, jika dilihat pada bahagian belakang pula, rekaannya kelihatan harmoni dengan imej yang ditampilkan pada sudut depan kereta. 




Dari segi warna, Ranger generasi baharu ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu Sedona Orange dan Luxe Yellow untuk varian Wildtrak, selain warna sedia ada iaitu Arctic White, Meteor Grey, Aluminium Metallic, Lightning Blue dan Absolute Black (bergantung kepada varian).


BAHAGIAN DALAM FORD RANGER 2022 GENERASI BAHARU


Kabin XLT Plus


Bergerak ke bahagian dalam, trak ini tampil dengan pelbagai ciri premium dan moden. Kabin trak Ford Ranger kali ini didatangkan dengan unit infotainmen skrin sentuh baharu yang menggunakan sistem terkini daripada Ford iaitu SYNC 4, sistem ini boleh disambungkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay. Kesemua varian menerima paparan interaktif TFT digital bersaiz 8 inci dengan kelengkapan lain seperti port pengecas USB-A, pengecas USB-C dan sebagainya. 


Kabin WildTrak


Varian lebih tinggi, WildTrak, tampil dengan ciri menarik lain seperti tempat duduk balutan kulit berwarna hitam, kamera pandang keliling beresolusi tinggi 360 darjah dan pengecas tanpa wayar Qi. 


CIRI KESELAMATAN FORD RANGER 2022 GENERASI BAHARU


Ranger generasi baharu ini didatangkan secara standard dengan ciri keselamatan seperti dua beg udara, ABS dan EBD, ESC, Kawalan Turun Bukit (HC), Bantuan Mula Mendaki (HLA), Mitigasi Olengan (ROM), Kawalan Ayunan Treler (TSC) dan Kawalan Beban Adaptif (ALC).


Varian XLT Plus dan WildTrak hadir dengan ciri tambahan ADAS berikut:


-Amaran Pelanggaran Hadapan(FCW)

-Bantuan dan Amaran Keluar Lorong 

-Sokongan Brek Dinamik

-Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal

-Brek pra-pelanggaran


Varian WildTrak didatangkan secara eksklusif dengan ciri berikut:


-Bantuan Kendali Evasif

-Bantuan Brek Undur

-Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)

-Kawalan Jelajah Adaptif dengan fungsi Henti dan Mula

-Bantuan Kekal Lorong


HARGA FORD RANGER 2022 GENERASI BAHARU




Model Ranger generasi baharu di Malaysia ditawarkan dengan tujuh varian berbeza yang dijual pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM108,888.


Berikut adalah senarai harga lengkap Ford Ranger 2022 Generasi Baharu:


  • Ranger XL (MT): RM 108,888

  • Ranger XL (AT): RM 113,888

  • Ranger XLT (MT): RM 124,888

  • Ranger XLT (AT): RM 129,888

  • Ranger XLT Plus (AT): RM 142,888

  • Ranger Wiltrak (AT): RM 168,888


Varian Raptor pula akan tiba dalam suku keempat 2022.

Gallery

Tag:

Ford Ranger
Ford Ranger XLT Plus
Ford Raptor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.

25-11-2025
Kereta Baru

Ford Ranger Raptor Sport Baharu Dilancar - Harga RM273,888*

Sime Darby Auto ConneXion - Ford (AutoConneXion) melancarkan Ford Ranger Raptor Sport 3.0 serba baharu sempena Ulang Tahun Ke-3 Next-Gen Raptor di Malaysia.

14-11-2025
Berita Auto

Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?

SDAC Ford, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model baharu pada 23 Ogos ini.

12-08-2025
Berita Auto

Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford mungkin dalam perancangan untuk melancarkan Ford Ranger Wildtrak versi diesel V6 di Malaysia tidak lama lagi.

27-03-2025
Berita Auto

Ford Raptor Rev 2025: Acara Off-Road Terbesar Malaysia Meriah!

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) baru-baru ini telah mengadakan acara off-road yang memacu adrenalin, Ford Raptor Rev, di Sepang.

24-02-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Baharu Ford

Peraduan hanya terbuka untuk pelanggan yang baru membeli Ford Ranger.

20-06-2024
Kereta Baru

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026