- Berita
- Berita Auto
- PROTON Kenalkan Kilang Enjin 1.5 TGDI
Pengeluar kereta nasional Proton memperkenalkan pusat pemasangan enjin baharu dan berteknologi tinggi di Tanjung Malim, Perak petang tadi.
Ia baru beroperasi bulan April lalu dan menghasilkan enjin 1.5 TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection).

Apa yang anda perlu tahu, ini adalah kali pertama ia dipasang di luar China.
Ia terletak di atas kawasan seluas kawasan 18,000 meter persegi selain memiliki kapasiti maksimum semasa sehingga 180,000 unit.
Untuk info, fasiliti ini akan beroperasi dalam tiga syif.
Difahamkan projek ini adalah sebahagian daripada RM1.8 bilion yang diperuntukkan oleh Proton untuk menaik taraf fasiliti di Tanjung Malim.
Tahniah Proton!

Ini dia fakta enjin Proton:

• Enjin tiga silinder 1.5 TGDI dan variannya setakat ini telah digunakan dalam lebih 750,000 kenderaan yang dijual di seluruh dunia.
• Ada teknologi moden seperti pengecilan saiz enjin
• Sistem termal
• Pelinciran dioptimumkan
• Pengecas turbo inersia rendah
• GDI dihomogenkan
• Penggunaan bahan api yang memenuhi syarat Euro 6
• Ada 72 alat ganti yang dibekalkan oleh 19 vendor dari Malaysia dan 4 vendor dari ASEAN.

“Barisan pemasangan enjin baharu PROTON menunjukkan bahawa syarikat telah menunaikan janji kepada pihak berkepentingan.
“Apabila perjanjian dibuat untuk bekerjasama dengan Geely pada tahun 2017, salah satu komitmen kami adalah untuk melabur dalam industri automotif Malaysia dari segi kewangan dan pengenalan komponen baharu berteknologi tinggi,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.

Kilang baharu ini mempunyai 88 stesen yang terdiri daripada 17 stesen automatik, 15 separa automatik dan 56 stesen manual.
Saluran pemasangan 1.5 TGDI dibina menggunakan etos IR 4.0 dimana ia dilengkapi dengan tahap automasi yang tinggi.
Lebih menarik, ia juga menggunakan teknologi Internet of Things (IOT) dari segi alat pengumpulan data intensif dan analisis untuk memastikan kualiti memenuhi piawaian.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
