Link Copiedcheck_circle
EV

Syarikat Ini Sediakan Servis Pengecas Pantas EV Bergerak, Cas Di Mana Sahaja!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Perkara pertama yang terlintas di fikiran orang ramai yang menggunakan kereta enjin pembakaran dalaman bila diajak untuk mempertimbangkan pembelian kenderaan elektrik (EV) pastinya ini:


"Macam mana kalau bateri rendah semasa dalam perjalanan dan tak jumpa pengecas?"


Inilah isu yang cuba diselesaikan sebuah syarikat berpangkalan di Singapura, P.UP: Power on Demand. Syarikat ini merupakan hasil buah fikiran tiga jurutera, Alfie Toh (47), Darren Tan (46) dan KM (45).




Matlamat P.UP adalah "supercharge the EV lifestyle" atau " meningkatkan gaya hidup EV" dengan membuang segala masalah berkait dengan penggunaan dan pemilikan EV.


Sebagai salah seorang pemilik EV, KM memahami isu yang dihadapi ramai pengguna. Menurutnya, pengguna EV hanya dapat menggunakan EV mereka separuh daripada masa yang sepatutnya dan "separuhnya lagi, perlu mencari stesen pengecasan, beratur, menunggu pengecasan kereta selesai dan sebagainya."


Bagaimana P.UP Beroperasi?




Berdasarkan laman web rasmi P.UP, servis mereka ditawarkan di Singapura setiap hari iaitu dari hari Isnin hingga Ahad antara jam 9 pagi ke 9 malam dan tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari awal. Mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan ini hanya perlu mencari tempat yang selamat untuk parkir. 


P.UP turut menawarkan pelbagai pelan pembayaran untuk dipilih berdasarkan gaya hidup dan penggunaan EV masing-masing. Dari segi pembayaran, caj yang dikenakan ialah  S$0.54 (RM1.71) untuk setiap kWh. Kos sama yang dikenakan di stesen pengecasan komersial Singapura.


Kemampuan Pengecas Yang Ditawarkan


P.UP menggunakan pengecas pantas DC, 50kWh yang boleh mengecas EV daripada 20% - 80% dalam masa sepantas 30 minit sahaja. 


Penerimaan Orang Ramai dan Perancangan Akan Datang




Menurut KM, P.UP sudah menarik perhatian ramai rakan kongsi yang berpotensi di negara-negara Asia lain. Perhatian yang diterima menyemarakkan lagi semangat mereka untuk memajukan syarikat. Selari dengan perancangan ini, P.UP kini sedang membuat persediaan untuk pembiayaan Siri A tahun depan bagi mengumpulkan modal yang mencukupi untuk membawa syarikat lebih jauh.


Agak-agaknya bila servis ini akan tiba di Malaysia?

Tag:

ev
Singapura
Pengecas EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"

21-05-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

PERODUA Bakal Terajui EV Murah

PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.

18-01-2024
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).

22-05-2023
EV

Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?

Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand

19-05-2023
Berita Auto

Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow

Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.

04-05-2023

Berita Terkini

EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026