Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Nissan Serena S-Hybrid Baharu Dilancarkan 6 Julai Ini, Sudah Ada Di Bilik Pameran Nissan

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Nissan Serena S-Hybrid baharu akhirnya bakal dilancarkan esok, 6 Julai 2022 sebagai satu-satunya model MPV hibrid pemasangan tempatan (CKD). Dua varian ditawarkan iaitu  Serena S-Hybrid Highway Star dan Serena S-Hybrid Premium Highway Star dengan harga yang dianggarkan antara RM150,000 ke RM165,000. Tempahan kini boleh dibuat di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

PRESTASI NISSAN SERENA S-HYBRID 


Nissan Serena S-Hybrid dikuasakan oleh enjin DOHC 2L dengan Kawalan Pemasaan Injap-Pemboleh Ubah Berterusan Berkembar (CVTC),  4 silinder, 16 injap, suntikan terus bahan api dengan output  110kW/148 hp pada 6,000 rpm dan tork 200 Nm pada 4,400 rpm. Kuasa disalurkan melalui transmisi Xtronic CVT dengan Kawalan Anjakan Adaptif (ASC). 


BAHAGIAN LUAR  NISSAN SERENA S-HYBRID 


Nissan Serena S-Hybrid dilengkapi dengan lampu depan projektor LED automatik dengan pengarasan automatik, lampu kabus depan dan  lampu nyalaan siang. Varian Serena S-Hybrid Highway Star menggunakan roda aloi bersaiz 15 inci dengan tayar 195/65 R15, manakala varian lebih tinggi, Serena S-Hybrid Premium Highway Star pula menggunakan roda aloi bersaiz 16 inci dengan tayar 205/55 R16.


Serena S-Hybrid Highway Star ditawarkan dalam tiga warna iaitu Brilliant White, Tungsten Silver dan Diamond Black. 


Sementara Serena S-Hybrid Premium Highway Star pula ditawarkan dalam warna Diamond Black, Dark Metal Grey, Brilliant White dan Radiant Red. Kesemuanya dengan bumbung berwarna Diamond Black.


BAHAGIAN DALAM  NISSAN SERENA S-HYBRID 


Bergerak ke bahagian dalam kereta, Nissan Serena S-Hybrid menawarkan tujuh tempat duduk dengan 13 konfigurasi untuk kemudahan pengguna terutamanya ketika membawa muatan. Tempat duduk varian rendah dibalut fabrik dengan pilihan upholsteri kulit sintetik. Varian tinggi pula ditawarkan sama ada dalam balutan kulit nappa berkuilt coklat premium atau nappa berkuilt hitam premium. Stereng kereta yang lengkap dengan butang kawalan pelbagai fungsi dibalut dengan kulit. 


Untuk keselesaan, dari segi penyejuk udara, kereta lengkap dengan kawalan iklim auto dua zon dengan suis digital pada barisan kedua dan ketiga. Pintu belakang kereta memiliki fungsi dwibukaan bagi memudahkan penyimpanan di lokasi yang sempit.


Ciri lain yang boleh ditambah untuk kedua-dua varian ialah lampu bilik LED, tray ruang kargo dan karpet tray ‘Tech-On.’


Dari segi teknologi, kereta dilengkapi kluster intrumen Fine Vision paparan bantuan pemandu canggih (ADAD) berwarna penuh 7 inci. Sistem infotainmen yang digunakan ialah sebuah skrin sentuh bersaiz 6.75 inci (varian rendah) dan 9 inci (varian premium). Sistem ini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.


Turut disediakan ialah sebuah skrin monitor yang dipasang pada bumbung bersaiz 11.6 inci (ditawarkan sebagai pilihan tambahan untuk varian rendah dan standard untuk premium). Kedua-dua varian memiliki 7 port USB. Ciri lain yang didatangkan sebagai ciri standard untuk varian tinggi dan sebagai pilihan tambahan untuk varian rendah ialah DVR depan dan belakang. 

CIRI KESELAMATAN  NISSAN SERENA S-HYBRID 


Didatangkan sebagai ciri standard dalam kedua-dua varian, Nissan Serena S-Hybrid hadir dengan sistem pemanduan Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi pakej bantuan pemanduan seperti amaran pelanggaran hadapan prediktif (IPFCW) dan brek kecemasan hadapan pintar (EB), amaran titik buta (BSW), amaran keluar lorong (LDW), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), pemantau keliling pintar (AVM), pengesan objek bergerak pintar (IMOD) dan kewaspadaan pemandu pintar (IDA). 


Ciri keselamatan lain ialah bantuan mula-daki (HSA), kawalan dinamik kenderaan (VDC) dan sistem kawalan cengkaman (TCS), serta enam beg udara. 

HARGA NISSAN SERENA S-HYBRID 


Seperti yang dikatakan di awal artikel, model CKD ini dianggarkan ditawarkan dalam lingkungan harga RM150,000 ke RM165,000, dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans. Bagi mereka yang membuat tempahan awal, akan mendapat tawaran istimewa iaitu servis penyelenggaraan berkala percuma (termasuklah alat ganti dan upah), serta jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun. 


Gallery

Tag:

Nissan
Nissan Serena S-Hybrid
Serena
S-Hybrid
Nissan Serena
Serena S-Hybrid
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

05-12-2025
Global

20-11-2025
Global

15-10-2025
Kereta Baru

29-08-2025
Global

27-08-2025
EV

08-07-2025
EV

18-06-2025
Berita Auto

04-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026