Link Copiedcheck_circle
EV

TNB Dan Perodua Disarankan Kerjasama Hasil Kereta Elektrik Mampu Milik – PM

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan agar syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjalinkan kerjasama bagi menghasilkan kereta elektrik berkualiti tinggi yang mampu dimiliki rakyat Malaysia. 


Perdana Menteri menjelaskan, ketika ini TNB kini sedang berusaha meningkatkan pengeluaran elektrik menggunakan sumber tenaga bersih dan di dalam proses untuk menyediakan lebih banyak stesen pengecasan elektronik. 




"Pada masa sama, Perodua boleh mengambil peluang ini dengan meneroka peluang baharu seperti menghasilkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang mampu dimiliki oleh Keluarga Malaysia.


"Malah, syarikat telekomunikasi negara seperti Telekom Malaysia juga dapat membuka kerjasama dengan kedua-dua pihak ini untuk menyediakan pakej data yang mampu memudahkan para pengguna untuk membuat tempahan caj kenderaan secara dalam talian,” katanya semasa berucap melancarkan Perodua Alza Serba Baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.


Gabungan TNB dan Perodua ini dilihat dapat membantu negara mencapai matlamat karbon neutral pada tahun 2050 sepertimana yang telah dipersetujui di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.




“Kerjasama pintar seperti ini perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi kesan perubahan iklim yang melanda dunia,” tambahnya. 


Jelasnya lagi, kerajaan juga bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan pihak swasta supaya dasar dan inisiatif yang akan diperkenalkan adalah selari dengan matlamat yang ditetapkan. 


“Usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Perodua juga harus menjadi contoh oleh syarikat tempatan lain di mana kepentingan negara didahulukan demi kesejahteraan semua,” katanya.




Bercakap mengenai Perodua Alza 2022 yang dilancarkan dalam majlis ini, Perdana Menteri berkata, "Berdasarkan daripada laporan media massa mengenai model Perodua Alza Serba Baharu ini, saya amat tertarik dengan ciri-ciri canggih yang ada padanya dengan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil," katanya.


Baca: Perodua Alza 2022 Telah Dilancarkan, Harga Dari RM62K, Ini Spesifikasinya

Tag:

Perodua
ev
TNB
Kereta Elektrik
PERODUA ALZA 2022
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

SAH! EV Perodua Bakal Dilancar AKhir Bulan Ini

Peluncuran Perodua EV baharu kali ini dijadikan sebagai satu agenda nasional yang besar.

11-11-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025
Berita Auto

Perodua Kaji Balik Strategi Di Indonesia Termasuk Di Timor Leste

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sedang menilai semula strateginya di Indonesia memandangkan negara republik itu sedang membangunkan kereta nasional sendiri.

31-10-2025
Gaya Hidup

Perodua Perkenal Jam Tangan Canggih, P-Go – Boleh Kawal Kereta, Pantau Kesihatan, RM950

Selain pelancaran aplikasi canggih P-Circle dan pengecas mudah alih, syarikat automotif nasional, Perodua, menggemparkan industri dengan pengenalan jam tangan pintar, P-Go.

15-10-2025
Berita Auto

P-Circle, Semua Perkhidmatan Di Bawah Satu App

PERODUA melancarkan P-Circle yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi super bagi memperkukuh konsep 'Mobility as a Service' (MaaS).

14-10-2025
EV

EV Perodua Sah Dilancarkan Disember Nanti – Lebih 400 KM, Bawah RM80K

Perodua akhirnya mengesahkan bahawa kenderaan elektrik (EV) pertamanya bakal dilancarkan pada Disember ini.

14-10-2025
Berita Auto

Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.

12-09-2025

Berita Terkini

EV

Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia

Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

13-11-2025
EV

Kerajaan Luluskan EMSP: Satu Platform Digital Kawal Semua Pengecasan EV Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengesahkan bahawa kerajaan telah meluluskan penubuhan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti (EMSP)

13-11-2025
EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat

Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.

05-11-2025
EV

Jaecoo J5 Dilancar Di Indonesia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

Jaecoo J5 elektrik dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.

04-11-2025