- Berita
- Global
- Toyota Vios 2023 Bakal Dilancarkan Di Thailand Ogos Ini, Video Acah Dedah Rekaan Baharu
Toyota Vios 2023 Bakal Dilancarkan Di Thailand Ogos Ini, Video Acah Dedah Rekaan Baharu
Toyota Vios 2023 (dijual sebagai Yaris ATIV di Thailand), sedan segmen B ini bakal dilancarkan di Thailand bulan depan!
Toyota Thailand telah mengeluarkan sebuah video acah ringkas lebih awal. Video berdurasi 15 saat ini memaparkan bahagian luar Vios baharu dengan lampu depan LED yang menyerlah. Di sudut depan pula Vios dilihat menggunakan gril yang lebih besar, tampil lebih menonjol.

Video ini juga mendedahkan sebahagian ruang dalam kereta. Papan pemuka atau dashboard kini hadir dengan kemasan berwarna merah, dan di sini juga diletakkan sebuah unit infotainmen skrin sentuh yang hampir menyerupai unit yang dipasangkan pada Mazda dan Honda Civic terbaharu.
Dari segi enjin, sumber dipercayai daripada negara Thailand mendedahkan Toyota berkemungkinan besar akan menggunakan enjin 4 silinder 1.2L seperti yang ditawarkan pada generasi Yaris Ativ terkini. Laporan lain turut ada yang mendedahkan bahwa Vios generasi keempat ini akan ditawarkan dalam versi hibrid, menjadikannya pesaing rapat kepada Honda City RS e:HEV.

Model ini bakal dibangunkan di atas platform seni bina global baharu Daihatsu (DNGA). Ini bermakna, Vios baharu ini menggunakan rangka yang sama seperti Perodua Alza, Toyota Veloz dan Perodua Ativa.

Sekiranya memasuki pasaran Malaysia, ia dijangka akan dikuasakan oleh enjin 4 silinder 1.5L 2NR-FE seperti yang digunakan oleh Vios sedia ada dengan output 109hp/140Nm.

Inginkan lebih perincian mengenai Vios terbaharu? Nantikan pelancarannya pada 9 Ogos ini.
Ikuti Facebook kami, Dunia Kereta untuk mendapatkan informasi terkini automatif setiap hari!
Baca: Program Pembangunan Pelumba Muda UMW Toyota Berjaya Asah Kemahiran Pemanduan Anak Muda
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
