Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

[PANDU UJI] Toyota Vios 2023 1.5G – Lebih Baik Dalam Segenap Aspek, Benarkah?

Sofea Najmi

21-3-2023

Kongsi melalui



Betul ke Toyota Vios 2023 sebuah model serba baharu? Sejauh manakah perbezaan antara model kali ini dengan Vios keluaran 2013-2022? Model terdahulu berkongsi rangka yang sama walaupun diberikan penambahbaikan dari segi teknologi dan reka bentuk. Namun kali ini, satu perubahan besar telah dilakukan Toyota. Vios 2023 bukan lagi Vios yang pernah kita kenal dulu, diberi nafas baharu dalam pelbagai aspek, luar dan dalam.


Menggunakan casis berkod AC100, Vios generasi terbaharu ini dibina berdasarkan platform Seni Bina Global Baharu Daihatsu (DNGA), menjadikannya model kelima berasaskan DNGA dalam pasaran negara. 


CariCarz berpeluang untuk memandu model terbaharu keluaran Toyota ini ketika sesi pandu uji media yang diadakan di Langkawi minggu lepas. Pendapat CariCarz, perubahan yang dibuat pada model ini cukup menarik, terutama dari segi reka bentuknya yang kini tampil lebih sporty dengan gaya fastback.


Gaya Fastback Yang Sporty




Berkonsepkan Defy Expectations, Vios kali ini tidak sama seperti dulu, lebih bergaya dengan reka bentuk fastback, berbeza daripada gaya ‘tiga kotak’ yang biasa diketengahkan dalam rekaan sedan. Pada bahagian belakang, bentuk fastback ini ditonjolkan oleh kedudukan cermin belakang yang menyendeng dan but belakang yang pendek. 


Kiri-Kanan: Penggunaan rim aloi dua tona 17 inci adalah yang pertama bagi segmen ini, terbukti bergaya dan sesuai dengan reka bentuk fastback Vios 2023




Varian tertinggi, 1.5G yang diuji CariCarz diperkemaskan dengan aerokit berwarna hitam berkilat, kontra daripada warna badan kereta. Pertama kali dalam segmen ini, ia menggunakan rim aloi dua tona bersaiz 17 inci, serta dilengkapi isyarat pusingan berjujukan pada lampu LED belakang. Vios 2023 memang style!


Kabin Yang Lebih Premium




Sebaik memasuki ruang dalam Toyota Vios 2023, bahagian pertama yang menjadi tumpuan ialah papan pemukanya. Kalau anda perasan, sudut ini menyerupai papan pemuka MPV 7 tempat duduk, Veloz, yang turut dibina berdasarkan platform DNGA.


Namun berbanding Veloz, Vios menggunakan bentuk corong pendingin hawa yang berbeza. Selain itu, sedan ini banyak menggunakan balutan kulit pada titik sentuhan seperti stereng, tempat rehat tangan pada bahagian pintu, termasuk tempat duduk. 


Kiri-Kanan: Panel instrumen digital bersaiz 7 inci sama seperti yang digunakan pada Veloz. Pad pengecas tanpa wayar pula satu ciri baharu yang terletak pada ruang simpanan bahagian tengah



Kiri-Kanan: Tempat duduk dalam balutan kulit menjadi ciri eksklusif varian 1.5G. Ruang belakang tetap selesa walaupun ruang kepala atau headroom yang agak kecil kecil kerana reka bentuk fastback


Jika dibandingkan dengan keluaran terdahulu, Vios terbaharu kelihatan lebih mewah. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan teknologi premium bagi varian tertinggi seperti kawalan pendingin hawa automatik (zon tunggal), skrin infotainmen 9 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto serta lengkap dengan fungsi pemantau parkir 3D, dan juga panel instrumen digital 7 inci. 


Kiri-Kanan: Corong pendingin hawa disediakan buat pertama kalinya pada Vios, di sini turut terdapat port pengecas USB 2 dalam 1 dengan output USB-C dan USB-A



Skrin infotainmen bersaiz 9 inci dengan ciri sambungan tanpa wayar kepada Apple CarPlay, skrin ini turut memaparkan kamera 360 darjah dan parkir 3D


Selain itu, sedan ini dilengkapkan dengan pad pengecas tanpa wayar, kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, serta pakej pencahayaan ambien kabin yang menyerlah pada waktu malam. Perubahan terbesar yang telah dibuat pada Vios kali ini ialah kehadiran pendingin hawa untuk penumpang belakang. 


Ruang but Vios kali ini lebih kecil dengan kapasiti 475L, namun kini terdapat ruang simpanan tambahan pada lantai but


Kiri-Kanan: Plat ambang pintu yang bercahaya serta pencahayaan ambien di ruang kabin menjadikan kereta tampil lebih premium


Dengan gaya fastback, ruang kepala untuk penumpang belakang agak terhad selain kapasiti but yang semakin kecil. Tetapi ini hanyalah masalah kecil yang rasa ‘terbayar’ dengan pelbagai ciri istimewa varian 1.5G yang menggunakan upholsteri kulit untuk tempat duduk, penambahan pendingin hawa untuk tempat duduk belakang, port pengecas 2 dalam 1 (USB-C dan USB-A) serta ruang simpanan tambahan pada bahagian bawah lantai but.


Pemanduan Yang Menyeronokkan




Di sinilah Vios berjaya mencuri hati, semuanya disebabkan oleh penggunaan platform casis DNGA. Boleh dikatakan, kualiti pemanduan Vios kali ini tidak begitu berbeza dengan model andalannya, GR Sport. Platform DNGA membuatkan kenderaan kekal stabil walau dipandu laju. 


Kestabilan semasa pecutan dan dinamik pengendalian secara keseluruhannya adalah lebih baik berbanding keluaran terdahulu kerana platform casis yang baharu



Kiri-Kanan: Liang ambilan udara pada bampar hadapan meningkatkan kemampuan penyejukan brek sementara peresap pada bampar belakang kereta membantu kestabilan aerodinamik kereta


Elemen aerodinamik kenderaan turut dipertingkat dengan bantuan bentuk fastback yang dijelaskan sebentar tadi. Ciri lain ialah liang ambilan udara pada bampar hadapan yang meningkatkan kemampuan penyejukan brek, serta peresap pada bampar belakang kereta. Semua ini diletakkan pada badan Vios bukan sekadar untuk mencantikkan lagi rekaan, tetapi hadir dengan fungsi tersendiri yang ternyata berkesan meningkatkan kualiti pengendaliannya.


Turut boleh dipuji ialah talaan suspensi dan peredamnya yang lembut, serta modul stereng kuasa elektriknya yang ringan namun masih memberikan kawalan yang stabil dan tepat. 


 Toyota mengekalkan penggunaan enjin petrol 4 silinder Dual VVT-i  1.5L yang daripada model terdahulu 


Kali ini, transmisi CVT 7 kelajuan digunakan, dan turut lengkap dengan pedal penukar gear pada bahagian stereng


Dari segi trenkuasanya, Toyota mengekalkan penggunaan enjin petrol 4 silinder Dual VVT-i  1.5L yang daripada model terdahulu namun kali ini sistem ini digabungkan dengan transmisi CVT 7 kelajuan. Pakej ini disempurnakan dengan pilihan tiga mod pemanduan – Power, Normal dan Eco – serta pedal penukar gear pada bahagian stereng. 


Walaupun menggunakan transmisi CVT, Toyota mendakwa Vios kali ini boleh melakukan pecutan lebih pantas walaupun output kuasa dan torknya dikurangnya. Ini tidak mustahil kerana berat Vios 2023 adalah lebih ringan berbanding generasi terdahulu. Yang penting, kadar penggunaan petrolnya tetap jimat, dengan purata penggunaan sekitar 5.2L/100 km. 




Sewaktu memandu uji Vios, kami telah melalui jalan yang berliku dan mendaki bukit yang curam di Gunung Raya, Langkawi. Daripada sesi pemanduan ini, Vios 2023 terbukti sebagai sebuah kereta yang 'cukup segalanya.' Selesa untuk dipandu dalam pelbagai keadaan laluan.




Apa Lagi Yang Telah Diperbaik Pada Model Kali Ini?


Tidak cukup dengan kualiti pengendaliannya dan suspensi yang lebih baik, aspek lain yang turut dipertingkat ialah kadar bunyi, gegaran dan kekasaran (NVH) kabin serta ciri keselamatan. 


Dari segi kadar NVH kereta, Toyota telah melengkapkan kabin dengan bahan kalis bunyi. Hasilnya, kereta ternyata lebih senyap berbanding model terdahulu, sekaligus menjadikan pemanduan jauh lebih selesa, lebih-lebih lagi dengan tempat duduknya yang dibalut kulit, sangat empuk!





Seterusnya, dari segi keselamatan, Toyota telah melengkapkan varian G dengan pelbagai teknologi keselamatan aktif ADAS seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran dan Mitigasi Pelanggaran Hadapan (FCW + AEB), Amaran Keluar Lorong sereta Bantuan Kekal Lorong (LDW + LKAS), dan juga Pemantau Titik Buta (BSM) serta Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) sebagai tambahan kepada teknologi keselamatan lain yang disebut sebelum ini iaitu kamera parkir 3D dan juga kamera 360 darjah. 


Selain itu, berbeza dengan model yang lalu, pakej ADAS kali ini bukan sekadar untuk ‘mencukupkan syarat’ tetapi disepadukan dengan sempurna pada kenderaan.




Ciri keselamatan asasnya tidak mengecewakan, lengkap dengan enam beg udara, ABS + EBD dan BA, pakej kawalan cengkaman (TCS) dan kestabilan kenderaan (VSC), serta cagak ISOFIX tempat duduk kanak-kanak. Perhatian yang diberikan kepada ciri keselamatan Vios 2023 menjadikannya salah satu model paling selamat di dalam kelasnya dan ini menjelaskan harganya…




Berapakah 'Upah' Untuk Menikmati Semua Kelebihan Vios 1.5G?


Varian yang diuji, 1.5G, dijual pada harga RM95,500, harga atas jalan, tanpa insurans atau aksesori tambahan seperti telematik dan perakam video digital (DVR) atau dashcam. Berbanding Vios 1.5G sebelum ini, peningkatan harganya agak tinggi. 


Sekiranya harga Vios 2023 varian G kedengaran terlalu tinggi, Toyota turut menawarkan varian berspesifikasi lebih rendah, 1.5E, yang dijual pada harga RM89,600. Ciri yang tidak terdapat pada varian lebih rendah ini ialah pakej penuh ADAS, pelarasan teleskopik untuk stereng, tempat duduk balutan kulit, aerokit dan rim bersaiz 17 inci. 


Apakah pendapat anda mengenai Vios 2023? Adakah ulasan ini membuat anda tertarik kepada Vios 2023? Kongsikan di ruangan komen di bawah. 




Spesifikasi Vios 2023 1.5G

2023 Toyota Vios 1.5G

ENJIN

Petrol Dual VVT-i 4 silinder 1.5L

TRANSMISI

Automatik CVT 7 kelajuan, FWD

KUASA

105 HP @ 6,000 RPM

TORK

138 NM @ 4,200 RPM

0-100 KM/J

N/A

V-MAX

180 KM/J

KADAR PENGGUNAAN BAHAN API

5.2L/100 KM

(atas kertas)

BERAT BERSIH

1,035 KG

HARGA

RM95,500

(1.5G)

 

RM89,600

(1.5E)




Tag:

Toyota
Toyota Vios
UMWT
Pandu Uji
Toyota Vios 2023
Vios
ulasan
UMW Toyota Motor (UMWT)
Reviu Kereta
VIOS 2023
Vios 1.5G
Vios G
G
varian G
Vios varian G
reviu
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global

Toyota bZ3X: SUV Elektrik China yang Mampu Gegar Pasaran Global

Toyota terus melangkah berani dalam dunia kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan model bZ3X di Auto Shanghai 2025.

02-05-2025
Global
Auto Shanghai 2025: Lexus ES 2026 Didedah! Ada Versi Elektrik, HEV

Auto Shanghai 2025: Lexus ES 2026 Didedah! Ada Versi Elektrik, HEV

Lexus ES 2026 akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu hibrid (HEV) dan EV.

23-04-2025
Berita Auto
Penyertaan Toyota Eco Youth 2025 Kini Dibuka, Hadiah Wang Tunai Berjumlah RM77K

Penyertaan Toyota Eco Youth 2025 Kini Dibuka, Hadiah Wang Tunai Berjumlah RM77K

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan bahawa penyertaan Projek Toyota Eco Youth (TEY) 2025 kini telah dibuka.

26-03-2025
Global
Toyota Crown Estate Dilancar: Ada HEV, PHEV

Toyota Crown Estate Dilancar: Ada HEV, PHEV

Toyota melancarkan secara rasminya Toyota Crown Estate di pasaran Jepun, baru-baru ini.

17-03-2025
Berita Auto
Jualan Kereta Bukan Nasional Menyusut Tapi Lain Pula Buat Kereta Nasional

Jualan Kereta Bukan Nasional Menyusut Tapi Lain Pula Buat Kereta Nasional

Nampaknya, jualan kenderaan bukan nasional mencatatkan penurunan yang agak ketara, namun PERODUA kekal menunjukkan prestasi yang stabil di pasaran.

14-03-2025
EV
Ini Dia Trak Pikap Elektrik Toyota, Bakal Didedah Tahun Depan

Ini Dia Trak Pikap Elektrik Toyota, Bakal Didedah Tahun Depan

Toyota menyiarkan imej teaser trak pikap elektriknya yang bakal didedahkan pada tahun depan.

13-03-2025
EV
EV Toyota C-HR+ Diperkenal – SUV Elektrik Sporty, 600 KM Sekali Cas

EV Toyota C-HR+ Diperkenal – SUV Elektrik Sporty, 600 KM Sekali Cas

Toyota memperluaskan barisan kenderaannya dengan pengenalan model baharu, Toyota C-HR+.

13-03-2025
EV
Toyota bZ4X Facelift 2025 Diperkenalkan – Cas Lebih Pantas, Jarak Lebih Jauh

Toyota bZ4X Facelift 2025 Diperkenalkan – Cas Lebih Pantas, Jarak Lebih Jauh

Toyota secara rasmi memperkenalkan model kemas kini 2025 bagi crossover elektrik pertamanya, Toyota bZ4X.

12-03-2025

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025