Link Copiedcheck_circle
EV

Volkswagen Labur Hampir RM90 Bilion Untuk Bangunkan Bateri EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui




Volkswagen (VW) mengumumkan pelaburan lebih 20 bilion euro (RM89.9 bilion) dalam usaha untuk membangunkan bateri kenderaan elektrik (EV). Rancangan ini akan membuka 20,000 peluang pekerjaan.


Pengumuman itu dibuat sewaktu majlis pecah tanah kilang bateri pertama Volkswagen di Salzgitter, sebuah bandar di Lower Saxony, Jerman. VW akan mewujudkan sebuah syarikat baharu yang diberi nama Power Co. 



Makmal bateri Volkswagen


Syarikat baharu tersebut akan menguruskan keseluruhan rangkaian bekalan bateri VW, bermula dari peringkat kajian dan pembangunan teknologi baharu, pelombongan bahan mentah hinggalah kepada proses kitar semula.


Ketua Pegawai Eksekutif VW, Herbert Diess


Ketua Pegawai Eksekutif VW, Herbert Diess, berkata, “Perniagaan sel bateri ialah salah satu perkara asas dalam strategi New Auto yang akan menjadikan Volkswagen sebagai penyedia utama mobiliti mampan, pacuan perisian masa depan."


Baca: [VIDEO] Canggih! Suasana Di Dalam Kilang Pemasangan Volkswagen ID. Buzz 2022


Tahun lalu, VW mendedahkan rancangan utuk membina enam buah kilang pengeluaran sel bateri di Eropah menjelang tahun 2030 termasuklah kilang di Salzgitter dan sebuah lagi di Skelleftea, Sweden. Kilang ketiga bakal didirikan di Valencia, Sepanyaol dan yang keempat pula di Eropah Timur. Syarikat juga sedang merangka rancangan untuk membina kilang mega di Amerika Utara. Kilang-kilang ini bakal memiliki kapasiti pengeluaran sehingga 240 gigawatt-jam setiap tahun. 




Bermula tahun 2023, VW merancang untuk memperkenalkan rekaan bateri baharu iaitu sebuah “sel prismatik bersatu” (unified prismatic cell) untuk dipasangkan pada kenderaan VW. Bateri baharu ini dirancang untuk dipasangkan pada sehingga 80 peratus daripada EV keluaran syarikat menjelang tahun 2030.




VW telah menandatangani kontrak dengan dua pengeluar bateri besar iaitu Samsung dan CATL. Selain turut menyokong sebuah syarikat baharu di San Jose, California, AS, QuantumScape, yang sedang berusaha menghasilkan bateri keadaan pepejal (solid-state) yang lebih efisien dari segi tenaga.




Diess memaklumkan, bahawa syarikat tersebut hampir kehabisan EV di Eropah dan Amerika Syarikat untuk tahun ini disebabkan masalah kekurangan bekalan cip dan isu pengeluaran ekoran penutupan Covid di China. Oleh itu, orang ramai yang berminat untuk memiliki EV daripada VW, Audi atau mana-mana kenderaan lain di bawah kumpulan, perlu menunggu sehingga tahun 2023.


Baca: Nak Dapat Kereta Baharu, Kena Tunggu Sampai 2-6 Bulan

Baca: [VIDEO] Canggih! Suasana Di Dalam Kilang Pemasangan Volkswagen ID. Buzz 2022

Baca: Volkswagen ID. AERO Boleh Capai 620KM Sekali Cas! Ini Perinciannya...

Tag:

#Volkswagen
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Panggil Balik: 3 Jenama Terjejas

Produk dipanggil balik demi keselamatan pengguna.

28-03-2024
Berita Auto

Volkswagen Bakal Buat Kejutan, Ada RANCANGAN Besar!

VPCM mempunya rancangan yang cukup besar untuk tahun ini.

13-03-2024
Global

Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini

Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.

26-02-2024
Global

Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024

Apa yang boleh kita jangkakan daripada Golf R? Foto-foto yang dikongsikan oleh syarikat automotif Jerman ini mendedahkan sesuatu...

29-01-2024
Global

Jualan Kereta VW Cecah 9.24 Juta Dalam Setahun

Pengeluar kereta Jerman Volkswagen menjadi bualan hangat di laman X gara-gara jualan keretanya mencecah 9.24 juta pada tahun lalu.

15-01-2024
Global

Model Baharu Golf 2024 Ditayang

Video teaser model Golf baharu.

26-12-2023
Global

Volkswagen Golf R 333 Edisi Terhad, Hanya 333 Unit Ditawarkan!

Volkswagen akhirnya memperkenalkan Volkswagen Golf R 333 yang hanya dikeluarkan sebanyak 333 unit.

02-06-2023
Global

BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China

BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.

02-05-2023

Berita Terkini

EV

Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?

Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan

24-07-2026
EV

Bukan SUV Biasa? Gambar Tular SUV Berbalut Penyamaran Cetus Tanda Tanya

Ingat Enjin Petrol, Rupanya Ada Port Pengecas! Kelibat SUV 'Perodua QV-E' Berbalut Stiker Penyamaran Tular.

23-07-2026
EV

RUU 2026: Syarat Pendaftaran EV Bakal Lebih Ketat

Cukai Jalan EV Boleh Ditolak? Ini Syarat Ketat Pendaftaran Baharu Yang Anda Wajib Tahu.

22-07-2026
EV

EV Gerak Sambil Cas Bateri, Selesai Masalah Range Anxiety

Kereta elektrik bergerak sambil dicas dengan panel solar.

22-07-2026
EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026