- Berita
- Berita Auto
- Ini 18 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?
Ini 18 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?

Persaingan antara Toyota Veloz dan Perodua Alza boleh dikatakan cukup sengit. Toyota Veloz (yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi) dianggarkan berharga RM95,000 dan Perodua Alza (telah dilancarkan baru-baru ini, klik artikel pelancaran di sini) pula ditawarkan dalam tiga varian dengan varian AV sebagai varian tertinggi berharga RM75,500, kurang hampir RM20,000 daripada Veloz.
Mana lebih berbaloi untuk dibeli? Betulkah yang mahal lebih baik? Apa kurangnya Alza? Apa lebihnya Veloz?
Itu persoalan yang terlintas dalam fikiran ramai orang. Jika dipandang dengan ‘mata kasar’ kelihatan hampir serupa. Tetapi jika dilihat dengan lebih mendalam, banyak sebenarnya perbezaan antara kedua-dua model ini.
Peringatan: Perbandingan dibuat dengan Perodua Alza varian AV dan sesetengahnya ciri GearUp Alza (akan dinyatakan).
Baca: Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik
PERBANDINGAN KUASA KERETA TOYOTA VELOZ VS PERODUA ALZA
#1 Enjin
Toyota Veloz dan Perodua Alza kedua-duanya dihasilkan berasaskan platform DNGA dan menggunakan enjin sama, enjin Dual VVT-i 1.5L. Alza mampu memberikan output maksimum sehingga 105hp/138Nm. Kadar penggunaan bahan apinya ialah 22.0KM/L dengan sistem Eco idle.
Walaupun dijangkakan menggunakan enjin sama, Veloz berkemungkinan besar memiliki kadar penggunaan bahan api yang lebih tinggi kerana beratnya yang lebih tinggi dan penggunaan saiz roda yang lebih besar.
#2 Mod Pemanduan

Mod pemanduan boleh dikawal melalui butang Drive di sebelah kanan stereng Alza

Mod pemanduan yang dipaparkan pada kluster instrumen Veloz
Alza menawarkan pilihan mod pemanduan Normal, Eco dan Power. Ini juga terdapat pada Veloz.
PERBANDINGAN LUARAN TOYOTA VELOZ VS PERODUA ALZA
#3 Dimensi

Dimensi Alza AV
Veloz ternyata lebih besar dengan kepanjangan 4,475 mm (lebih 50 mm daripada Alza) dan berkelebaran 1,750 mm (lebih 20 mm berbanding Alza).
#4 Gril Hadapan
Alza

Alza menggunakan gril yang berbentuk seperti mangkuk atau kembang di atas. Corak grilnya berbentuk L.
Veloz

Veloz tampil dengan gril berbentuk heksagon yang ‘kembang’ di bawah dengan corak gril berbentuk Y.
Baca: [FOTO] Toyota Veloz 2022: Imej Luar Dan Dalam Kereta, Harga Dianggarkan Dari RM95K
#5 Lampu Depan
Kedua-duanya menggunakan lampu signal jenis sequential, tetapi kedudukan lampu nyalaan siang (DRL) adalah berbeza.
Alza

Dengan aksesori GearUp melalui pakej badan Prime, lampu DRL Alza terletak pada sudut tepi bampar depan.
Veloz

Lampu nyalaan siang Veloz terletak di bahagian bawah lampu depan.
#6 Jarak Kelegaan Tanah
Alza

Perodua varian AV memiliki jarak kelegaan tanah 160 mm. Dengan jarak yang tidak terlalu tinggi dari tanah, memudahkan kanak-kanak atau warga tua memasuki atau keluar daripada kereta.
Veloz

Veloz yang bakal dipasarkan di Malaysia memiliki jarak kelegaan tanah sebanyak 190 mm. Lebih rendah daripada Veloz Indonesia dengan jarak 205 mm. Menurut Toyota, dengan jarak kelegaan seluas ini, pengguna tidak perlu risau memikirkan barangan yang dibawa semasa melalui jalan yang berlubang atau berbonggol-bonggol (mengurangkan impak kepada ruang dalam kereta).
#7 Roda
Alza

Alza menggunakan roda aloi bersaiz 16 inci. Sesuai dengan badan kereta yang lebih rendah berbanding Veloz.
Veloz

Veloz menggunakan roda aloi yang lebih besar, iaitu 17 inci.
#8 Rel Bumbung


Rel bumbung hanya terdapat pada Toyota Veloz (biru), tiada pada Alza
#9 Bahagian Belakang
Alza

Logo Alza dapat dilihat diletakkan pada sudut bawah bahagian tepi pintu but kereta. Sementara itu lampu belakang kereta dilihat tidak bersambung antara satu sama lain.
Veloz

Logo Veloz terletak di bahagian tengah pintu but iaitu antara nombor plat kereta dan logo Toyota. Lampu belakangnya pula dilihat berhubung antara satu sama lain (hanya dipisahkan oleh logo Toyota).
#10 Warna
Dari segi warna, Alza 2022 tidak ditawarkan dalam warna biru. Sementara Toyota Veloz pula tidak ditawarkan dalam warna coklat. Senarai warna kedua-dua model ini dikongsikan di bawah.
Alza

Senarai warna Perodua Alza 2022:
Ivory White (putih)
Glittering Silver (perak)
Garnet Red (merah)
Elegant Black (hitam)
Vintage Brown (coklat)
Veloz

Senarai warna Toyota Veloz 2022:
White (putih)
Metallic Bluish Black (hitam kebiruan metalik)
Red Metallic (metalik merah)
Metalik Silver with Black Roof (perak metalik dengan bumbung hitam)
Blue Metallic with Black Roof (biru metalik dengan bumbung hitam)
PERBANDINGAN KABIN TOYOTA VELOZ VS PERODUA ALZA
#11 Papan Pemuka (Dashboard)
Alza

Alza AV hadir dengan papan pemuka dua tona iaitu dengan gabungan warna merah gelap yang kontra daripada seluruh kabin. Warna merah ini dapat dilihat pada bahagian tengah papan pemuka dan bersambung kepada sebahagian pintu.
Veloz

Veloz juga tampil menyerlah dengan papan pemuka dua tona, tetapi dengan gabungan warna kelabu cerah. Warna in juga dapat dilihat pada sebahagian sudut pintu.
#12 Tempat Duduk
Alza

Varian AV hadir dengan tempat duduk balutan separa kulit dalam dua tona (sama seperti gabungan warna papan pemuka).
Veloz
Tempat duduk Veloz dibalut sepenuhnya dengan kulit.
#13 Sistem Infotainmen
Alza

Alza menggunakan sistem infotainmen bersaiz 9 inci, dengan kemampuan sambungan Android Auto menggunakan wayar.
Veloz
Veloz menggunakan sistem infotainmen bersaiz 9 inci sama seperti Alza namun dengan nisbah aspek lebih lebar. Selain itu, sistem ini juga boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa memerlukan wayar.
#14 Kluster Instrumen

Kedua-dua model menggunakan kluster instrumen digital bersaiz 7 inci.
#15 Penyejuk Udara (AC) & Kawalan Iklim
Kedua-duanya memiliki panel kawalan AC digital zon tunggal. Namun dengan sedikit perbezaan.
Alza
Panel Alza adalah serupa dengan yang terdapat pada Ativa, tidak memiliki fungsi kawalan iklim auto, tetapi terdapat dua tetapan memori.
Veloz
Pada panel Toyota terdapat dua tombol bulat dan satu fungsi automatik untuk mengawal penyejuk udara.
#16 Stereng
Alza

Kecondongan (tilt) stereng Alza boleh dilaraskan.
Veloz

Stereng Veloz boleh dilaraskan secara teleskopik (pelarasan stereng lebih fleksibel).
#17 Ruang Kargo
Kapasiti ruang kargo Alza dan Veloz adalah sama iaitu 498L dengan tempat duduk barisan ketiga dilipat.
#18 Lain-Lain (Bahagian Kabin)

Veloz memiliki cahaya ambien biru pada bahagian pintu dan konsol tengah
MANA LAGI BERBALOI? TOYOTA VELOZ ATAU PERODUA ALZA?
Berdasarkan perbandingan yang dikongsikan, dan perbezaan harga kira-kira RM20K, mana satu menjadi pilihan anda? Berbaloikah bayar lebih untuk Toyota Veloz, atau Perodua Alza AV sudah cukup sempurna? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Baca: Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv